16 Oktober 2024 - Kejohanan Kawad Kaki Badan Uniform peringkat SK Damansara Damai (2) telah dijalankan. Lima unit beruniform telah bertanding. Pertandingan telah dirasmikan oleh YDH ACP Shahrulnizam bin Jaafar, Ketua Polis IPD Petaling Jaya. Turut hadir memberikan ucaptama Puan Haniza binti Jabar @ Ismail, Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama. Pasukan unit beruniform Pandu Puteri Tunas telah dinobatkan sebagai johan, Manakala, Ketua Platun Nur Wafa Izzarif binti Kamarullaili telah dianugerahkan ketua platun terbaik.
11 Oktober 2024 - Program Hari Sukan Negara peringkat SK Damansara Damai (2) telah dirasmikan oleh Encik Emran bin Sabran, YDP PIBG. Antara aktivit yang dijalankan seperti pertandingan galah panjang, sukaneka, bola sepak kampung dan bola tampar untuk guru-guru.
27 - 19 September 2024 - Perkhemahan Badan Uniform bertempat di Teratak Riverview, Tanjung Malim. Seramai 85 orang peserta terdiri daripada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 telah menyertai perkhemahan ini. Perkhemahan ini turut dimeriahkan dengan malam kebudayaan yang dihadiri oleh Encik Emran bin Sabran, YDP PIBG.
25 Ogos 2024 - Kejohanan Sukan Olehraga kali ke-11 peringkat SK Damansara Damai (2) telah dirasmikan oleh YB Pua Pei Ling, ADUN Bukit Lanjan. Dalam kejohanan tersebut, pasukan rumah sukan merah telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan.
22 Ogos 2024 - Kejohanan Mini Olahraga melibatkan murid-murid Prasekolah, murid Tahap 1, dan murid aliran Pendidikan Khas Integrasi. Kejohanan turut dihadiri oleh Encik Emran bin Sabran, YDP PIBG.
18 April 2024 - Persatuan Karate Hayashi-Ha telah hadir ke SKDD(2) bagi membuat demonstrasi seni mempertahankan diri kepada murid-murid Tahap 2.
16 April 2023 - Majlis pengiktirafan Rakan Sekola Rasmi Selangor FC Soccer Schools berlangsung di Stadium MBPJ. SK Damansara Damai (2) telah diiktiraf sebagai salah sebuah sekolah yang terpilih menyertai program ini. Turut hadir bersama Raja Muda Selangor.
15 & 16 Oktober 2023 - Penglibatan murid-murid dalam kegiatan luar berjaya membawa nama SK Damansara Damai (2) di Pertandingan Karate Hayashi-Ha Sekolah-Sekolah Negeri Selangor yang bertempat di Stadium Tertutup MPSJ Serdang Jaya, Selangor.Â