Sekolah Kebangsaan Damansara Damai (2)
Jln PJU 10/4C, Damansara Damai,
47830, Petaling Jaya, Selangor
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
Salam Anak Baik Lagi Cerdik
Salam Karamah Insaniah
Salam Malaysia Madani
Syukur Alhamdulillah kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah izinNYA, dapat saya memberikan sepatah dua kata dalam googlesite Pengurusan Kokurikulum SK Damansara Damai 2 bagi sesi persekolahan 2024/2025.
Saya merakamkan ucapan tahniah dan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum SK Damansara Damai 2 yang telah bertungkus lumus menyediakan googlesites ini. Laman ini penting dalam merealisasikan hasrat dan matlamat unit kokurikulum sekolah ini. Selain memaparkan perancangan kerja sepanjang tahun, ianya juga menjadi salah satu medan sebagai panduan kepada kita semua dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah. Harapan saya, dengan adanya googlesites ini, segala aktiviti yang dilaksanakan akan lebih tersusun dan kemas.
Pengurusan kokurikulum adalah satu aspek penting kerana pengurusan yang bersistematik akan menghasilkan sekolah yang cemerlang dalam kokurikulumnya. Jawatankuasa yang telah dilantik diharap dapat menggalas tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pihak sekolah. Marilah bekerja bersama-sama saya bagi meningkatkan kecemerlangan unit kokurikulum SK Damansara Damai 2.
Banyak program kokurikulum telah disusun yang menuntut pengorbanan dari guru-guru serta sokongan dari pihak PIBG. Sehubungan itu, saya mohon sokongan padu dari semua warga pendidik SK Damansara Damai 2 dalam membantu sekolah meningkatkan kecemerlangan kokurikulum bagi sesi persekolahan 2024/2025. InsyaAllah.
Sekian, Terima Kasih & Selamat Bertugas
NAZLIZA BINTI SAMSUDIN
GURU BESAR
SARUZIA@NADIA BINTI ABDUL SALLEH
PK KOKURIKULUM
"BELAJAR ITU IBARAT AKAR YANG PAHIT, TETAPI BUAHNYA MANIS."