SEKTOR DASAR & PERANCANGAN STRATEGIK
SEKTOR DASAR & PERANCANGAN STRATEGIK
Melaksanakan pelan jangka pendek, jangka panjang dan pelan tindakan strategik untuk perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dan memastikan keakuran terhadap dasar yang diamalkan serta mengkaji impak keberkesanannya dari masa ke masa
UNIT PENGURUSAN MODAL INSAN DAN PERJAWATAN
a) Perjawatan
Menyediakan unjuran perjawatan pelbagai gred Penolong Pegawai Perubatan di KKM, kader-kader dan swasta seluruh negara.
Menjalankan urusan permohonan perjawatan bagi perjawatan Penolong Pegawai Perubatan di KKM dan Kader.
Mencadangkan penempatan Penolong Pegawai Perubatan yang dinaikkan pangkat dan permohonan pertukaran antara negeri mengikut kepentingan perkhidmatan.
Mengadakan kursus kepimpinan bagi Penolong Pegawai Perubatan yang mendapat kenaikan pangkat.
Mengadakan kursus pengkhususan jangka pendek bagi Penolong Pegawai Perubatan.
Mengadakan pengkalan data sumber manusia perkhidmatan Pembantu Perawatan Kesihatan.
Menyediakan unjuran perjawatan pelbagai gred Pembantu Perawatan kesihatan di KKM .
Menjalankan urusan permohonan perjawatan bagi gred Pembantu Perawatan kesihatan di KKM dan Kader.
b) Unit Teknikal
Mewujudkan jawatankuasa teknikal setiap disiplin
Mewujudkan norma perjawatan Penolong Pegawai Perubatan dari U29-U54
Mengemaskini beban tugas Penolong Pegawai Perubatan Gred U29-U54 mengikut perkembangan semasa
Mengemaskini SOP yang telah sedia ada dan mengadakan SOP baru mengikut keperluan semasa.
UNIT PENYELIDIKAN , KUALITI & INOVASI
a) Klinikal Audit
Membangunkan dokumen klinikal audit bagi perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan mengikut keperluan
Mengadakan bengkel Klinikal Audit 2 kali setahun
Menganalisa laporan audit klinikal PPP 2 kali setahun
Membuat laporan pencapaian audit klinikal
b) Akreditasi Hospital
Menyelaras pembangunan standard akreditasi bagi perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan di hospital-hospital.
Memantau dan membuat laporan pencapaian standard akreditasi perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan di hospital-hospital.
c) Key Performance Indicator (KPI)
Membangun dan mewujudkan KPI baru mengikut keperluan semasa.
Memantau kualiti perkhidmatan dan mengenalpasti isu-isu berkaitan yang dijalankan oleh PPP berada ditahap yang optima.
Melakukan analisa, pembentangan, penyediaan laporan, semakan dan pengesahan data di peringkat KKM
d) Unit Credentialing
Mengwujudkan pangkalan data Credentialing Untuk PPP.
Membantu membangunkan dokumen bagi perkhidmatan/disiplin baru yang bakal di Credential
Memproses semua permohonan untuk di Credentialing Pengesahan data yang berkaitan dengan proses Credentialing
Menyediakan laporan Credentialing seperti yang dikehendaki.Memantau dan merekod keputusan Credentialing bagi PPP
Menyediakan sijil dan lencana sebagai pengiktirafan kepada PPP yang lulus di Credential
UNIT PERKEMBANGAN PROFESION DAN PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN (PPK)
Merancang pembangunan kerjaya(career pathway) berdasarkan halatuju skim perkhidmatan PPP , PPK dan KKM
Menyediakan road map bagi latihan dan pembelajaran kepada PPP dan PPK kearah memantap, memperkasakan dan memperkayakan dengan pengetahuan dan kemahiran.
Sub-Unit Pembantu Perawatan Kesihatan
Menjalankan kursus Tahap 3 bagi Perkhidmatan Pembantu Perawatan Kesihatan bagi disiplin Forensik, CSSU, Dewan Bedah dan Physiotheraphy.
Memantau, menganalisa dan menyediakan laporan kursus tahap 1 dan 2 yang dijalankan diperingkat Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing.
Merancang dan melaksanakan program-program untuk meningkatkan perkhidmatan yang disampaikan oleh Pembantu Perawatan Kesihatan.