Objektif Perolehan Tanah adalah bagi Pembinaan Kolej Komuniti Parit Sulong yang akan:
Menyediakan laluan alternatif kepada pelajar lepasan menengah dan pelajar setempat yang tercicir daripada pendidikan formal.
Menyediakan pendidikan seumur hidup kepada individu dan masyarakat setempat bagi meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.
Mewujudkan kerjasama antara ahli masyarakat, kerajaan tempatan dan sektor swasta bagi memajukan kawasan Parit Sulong.
Program yang akan ditawarkan di Kolej Komuniti Parit Sulong ini adalah
Sijil Perkhidmatan Logistik
Sijil Pengoperasian Perniagaan yang akan menghasilkan pekerja dalam bidang Logistik dan Perniagaan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi serta mengaplikasi pemikiran aras tinggi dan responsif industri.
Pemilihan bidang ini selaras dengan strategi Rancangan Fizikal Negara Ke-3 (RFN) yang diterjemahkan ke dalam Rancangan Struktur Negeri Johor 2030 (RSNJ 2030) untuk mempertingkatkan pergerakan barangan dan perkhidmatan melalui kesepaduan bersama pembangunan perindustrian dan logistik serta Teras 1, RSJ 1: Pengantarabangsaan Negeri Johor melalui pengiktirafan dan penggemblengan agenda pengantarabangsaan yang memfokuskan 29 indeks pengantarabangsaan yang berteraskan komuniti, kelestarian dan kemakmuran ekonomi dan perniagaan.
Selain itu, peluasan akses kepada Pembelajaran Sepanjang Hayat juga akan terlaksana untuk masyarakat setempat dalam bidang Perniagaan & Keusahawanan, Jahitan & Pakaian, Upskilling Perkhidmatan Logistik, Komputer & Teknologi Maklumat dan Katering & Sajian bagi meningkatkan kemahiran dan sumber pendapatan masyarakat di kawasan Parit Sulong.
KK Parit Sulong juga akan dilengkapi dengan Maker Space yang merupakan sebuah platform PSH bagi masyarakat setempat untuk meningkatkan kemahiran inovasi melalui rekacipta produk, asas IoT dan penghasilan perabot ringan selain menggalakkan pendedahan kepada teknologi asas 4IR.
Peningkatan enrolmen sebanyak 240 pelajar dalam bidang Logistik dan Perniagaan di Malaysia.
Peningkatan bilangan masyarakat yang mendapat latihan dalam bidang katering dan sajian serta jahitan dan pakaian, IoT dan perabot ringan.
Sebagai asas kepada penubuhan sebuah kolej komunti sebenar yang akan dibangunkan di Parit Sulong nanti.
Pengoperasian sepenuhnya di pejabat operasi Kampus Satelit Kolej Komuniti@Parit Sulong di D’Cabin Medan Niaga, Taman Industri Seri Sulong, Parit Sulong mulai bulan Februari 2021
Sebuah platform untuk komuniti Parit Sulong, Batu Pahat Johor mendapatkan latihan semula kemahiran (reskilling) dan peningkatan kemahiran (upskilling) secara berterusan melalui pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) untuk memenuhi perubahan permintaan pasaran industri.
Ia merupakan Kampus Cawangan daripada Kolej Komuniti Batu Pahat yang diurus tadbir oleh dua (2) orang Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) yang dilantik oleh JPPKK sebagai Caretaker