SEJARAH / LATAR BELAKANG
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud telah ditubuhkan sejak tahun 1963 yang dahulunya dikenali sebagai Pejabat Pendidikan Bahagian Pantai Barat Utara. Ianya menggabungkan 5 buah daerah, iaitu Kota Belud, Ranau, Kota Marudu, Kudat dan Pitas.
Pejabat Pendidikan Bahagian Pantai Utara mengalami perubahan struktur pada tahun 2004 kepada Pejabat Pendidikan Gabungan Kota Belud, Ranau dan Tamparuli. Seterusnya, pada tahun 2008 Pejabat Pedidikan Daerah Kota Belud telah berdiri sendiri sebagai sebuah pejabat pentadbiran. Pada mulanya operasi Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud adalah di bangunan lama berhampiran Hospital Daerah Kota Belud. Pada tahun 2009, pejabat ini telah berpindah ke Bangunan Gunasama Persekutuan sehingga kini.
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud mempunyai seramai 34 orang pegawai dan 22 orang Anggota Kumpulan Sokongan yang bertugas menjalankan tugas mereka di Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud. Kini, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud terletak di Aras Satu, Bangunan Gunasama Persekutuan Daerah Kota Belud di Blok A dan B, menempatkan 7 sektor yang berfungsi menyelia dan memastikan 66 buah sekolah di daerah Kota Belud sentiasa cemerlang seiring dengan slogan "PPDKB Pemacu Perubahan".