Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan legenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai masyarakat, sama ada bersifat tempatan, ataupun cerita-cerita yang berasal daripada pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaan Raja Rom.

Dalam pelayarannya ke China, baginda telah diserang oleh Garuda. Garuda ini dalam hikayat dikisahkan sebagai burung raksasa. Burung ini dikatakan telah mengadap Nabi Allah Sulaiman (sebagai Kerajaan Dunia) untuk memohon kebenaran menyerang. Kisah ini kemudian dari era Nabi Sulaiman oleh itu ia hanya tambahan pencerita. Terdapat pandangan menganggap Garuda ialah burung tunggangan Dewa Visnu dalam agama Hindu. Oleh itu, ini hanya simbol penentangan Kerajaan Hindu yang tidak mahu Parsi berbaik dengan China kerana India mahu Asia Tenggara berada di bawah pengaruhnya. Oleh itu, tentera laut benua India atau Sri Lanka telah menyerang Merong Mahawangsa. Baginda Merong singgah di wilayah Lembah Bujang, Langkasuka, Kedah Tua bagi membuka penempatan baru.Hal ini menguatkan lagi pendapat baginda tidak datang dari Rom.




Hikayat Merong Mahawangsa Full ((TOP)) M