Onexox Black adalah pakej postpaid Onexox. Didalam pakej postpaid Onexox Black terdapat 4 pakej yang sangat bersesuaian untuk anda pilih.
Pilihan ini adalah berdasarkan keperluan semasa anda. Beriku adalah pakej postpaid yang ada
RM10 sebulan
RM39 sebulan
RM59 sebulan
RM89 sebulan
Onexox Black Postpaid
Pakej B10DB - RM10 sebulan
Secara amnya jika pakej RM10 itu bersesuaian untuk ibu ayah anda yang dikampung. Mereka tidak memerlukan internet yang banyak. Dalam pakej ini mereka mendapat 20 minit masa berbual percuma ke semua rangkaian dan 1GB internet berkelajuan tinggi.
Pakej B39DB - RM39 sebulan
Pakej B39DB ini sesuai untuk kegunaan anak - anak yang bersekolah dan perlukan pengajian secara online. Mereka dapat masa berbual 200 minit, SMS 50 dan 8GB internet sebulan.
Pakej B59DB - RM59 sebulan
Pakej B59DB ni lebih untuk remaja atau orang bekerja yang memerlukan penggunaan internet yang banyak. Lebih untuk personal use. Anda dapat unlimited call ke semua rangkaian, 100 sms sebulan dan 44GB internet.
44GB ni lebih dari cukup bagi ramai orang, tapi kalau tak cukup juga boleh cuba pakej onexox black yang berikutnya.
Pakej D89DB - RM89 sebulan
Dalam pakej ini anda dapat unlimited call, 200 sms dan 100GB internet setiap bulan. Sangat sesuai untuk dijadikan telefon rumah dan boleh hotspot. Seisi keluarga boleh guna.
Ada Black Apps yang anda boleh download didalam google playstore atau apple app store. Dalam app ni anda boleh daftarkan sehingga 5 no telefon baru under akaun anda. Sebagai contoh akaun isteri dan anak - anak.
Semua boleh managed dalam 1 app. Anda boleh pantau jumlah internet mereka. Tidak dinafikan anak - anak zaman sekarang perlukan internet yang banyak. Selang sehari minta anda RM10 nak topup.
Kalau ada 4 orang anak, mahu RM600 ringgit diperuntukkan sebulan. Belum masuk anda punya dan isteri anggaran RM100 lagi.
Tapi jika anda boleh managed cara yang betul, tidak mustahil yang kos internet anak - anak dapat dikurangkan dengan berkesan.
Sebagai contoh anda melanggan pakej RM89 dan anak isteri ambil pakej RM39 sebulan.
39 x 5 = 195 + 89 = RM284
Dengan pakej onexox black ini anda mampu berjimat sehingga 60% dari bill internet bulanan. Bagi yang tinggal di bandar mungkin ada kemudahan jalur lebar. Tetapi yang tinggal di kampung, internet pada anak - anak adalah satu keperluan.
Melalui Black App ni anda boleh share kuota internet dalam akaun anda kepada 5 akaun lain jika memerlukan topup data. Cara ini banyak penjimatan dapat dilakukan.
Dalam app ni baki kredit anak - anak dapat dipantau. Walaupun mereka cuma guna onexox postpaid, selagi didaftarkan guna nama anda, semua line akan disenaraikan dalam app ini.
App ini juga mempunyai banyak fungsi dan kegunaan. Anda boleh daftarkan pelanggan baru dalam program user get user dan anda menerima komisyen 5% dari jumlah yang rakan anda bayar.
Tidak seperti syarikat telekomunikasi lain, Onexox ni patuh syariah. Anda dah bayar, bermakna ia anda punya. Dan katalah bulan lepas ada 180 sms dan 60GB data internet tidak digunakan. Ia akan carry forward secara automatik.
Syarikat M,D dan C memberikan pakej langganan internet RM30 sebulan dengan quota 5GB internet dan daily 1GB. 1GB daily untuk social media dan youtube ni kalau tak guna ia burn.
Kalau nak hotspot ke komputer dan telefon lain 5GB tu sahajalah yang ada dan biasanya tak cukup. Ada syarikat seperti Unifi Mobile tidak membenarkan user buat hotspot. Jadi anda bayar RM59 untuk unlimited data, tapi tak boleh hotspot.
Ada juga syarikat yang katanya berikan unlimited data, tetapi lepas dah guna 10GB, internet jadi slow seperti basic internet.
Ini semua tidak menguntungkan pengguna. Dalam XOX jika pakej anda 44GB internet, anda terima data 44gb semuanya. Ia boleh dihabiskan untuk hotspot sepenuhnya pun tiada masalah. Kelajuannya adalah sama setiap masa.
Diatas menunjukkan nilai kompaun yang dibayar oleh syarikat telekomunikasi di Malaysia. Ikutkan jumlah komplain tidak banyak dan denda juga celah gigi sahaja mereka boleh bayar.
Akan tetapi hal ini membawa reputasi buruk kepada service dan brand mereka. Dan dapat dibuktikan syarikat OneXOX tidak pernah tersenarai didalam senarai mereka yang dikenakan denda kerana gagal mematuhi standard perkhidmatan.
Nampak tak betapa puas hati para pelanggan xox apabila dah gunakan service mereka.
Perkara pertama sekali adalah kenalpasti pakej yang anda ingini. Kemudian anda boleh mendaftar melalui url pada butang dibawah.
Anda boleh tonton dahulu video diatas yang menunjukkan cara daftar onexox black. Dan dalam url yang sama anda juga boleh mendaftarkan onexox prepaid juga. Prosesnya lebih kurang sama dengan pendaftaran onexox black postpaid.
Selepas itu dalam 2-3 hari anda akan menerima simkad yang akan dihantar terus ke alamat surat menyurat yang anda tetapkan.