Pertama kali dibukukan, pengalaman penulis menyantuni jemaah haji memastikan dapat berhubung dengan yang tersayang di tanah air
MENGENAI BUKU NOTA PETUGAS MUSIM HAJI
Penulis berkongsi pengalaman yang dilalui, suka duka, cabaran, dugaan dan kenangan sepanjang tempoh tersebut, dengan disertakan lebih 200 gambar-gambar sekitar tanah suci.
Ditulis secara santai dan mudah difahami, jalan cerita yang menarik, padat dengan pengalaman tersendiri serta peristiwa yang menjadi kenangan dan sesuai dibaca oleh semua peringkat umur.
Buku ini ditujukan terutamanya kepada semua yang pernah menjadi tetamu Allah bagi mengembalikan kenangan mereka semasa di tanah suci; dan juga kepada yang belum berkesempatan ke tanah suci dengan harapan pembacaan ini membangkitkan semangat dan keinginan untuk menjadi tetamu Allah dan terus berusaha menjadikannya suatu kenyataan.
Pengkisahan di dalam buku ini tidak menyentuh sensitiviti agama dan kaum, menjadikannya sesuai juga untuk dibaca oleh masyarakat umum tanpa mengira agama dan keturunan, mudah-mudahan syiar Islam tersebar dengan asbab gaya penulisan serta persembahan yang menarik serta berpada.
CIRI-CIRI BUKU INI
Berwarna penuh, dengan lebih 200 gambar suasana dan tempat-tempat di tanah suci Makkah, Madinah dan sekitarnya mengembalikan nostalgia pembaca yang pernah menjadi tetamu Allah.
Kebanyakan tempat tersebut sudah tidak wujud lagi, dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembesaran Masjidilharam atau pembinaan hotel baru.
Kisah benar, dikongsi oleh penulis sendiri yang menjalankan tugas selama hampir 2 bulan pada musim haji tahun 1427H (2006/2007M).
Bahasa yang digunakan adalah mudah, tidak bombastik, seronok membaca dari halaman ke halaman Kisah-kisah yang unik, dilalui oleh penulis yang boleh dijadikan pedoman dan teladan.
Kisah-kisah yang unik, dilalui oleh penulis yang boleh dijadikan pedoman dan teladan.
Menggunakan ukuran font yang tidak terlalu kecil, memudahkan pembacaan walaupun di kalangan pembaca berusia
GALERI – Beberapa halaman contoh dari buku Nota Petugas Musim Haji
Bagaimana cara untuk mendapatkan buku ini?
Anda boleh dapatkan buku ini secara terus dari penulis. Harga senaskhah RM27.00 (selepas diskaun 25% dari harga asal, RM36. Tambah RM5 kos penghantaran ke destinasi seluruh Malaysia.
Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad debit/kredit atau GrabPay
Bagi tuan/puan yang mahu membuat pembayaran dari akaun bank, sila gunakan kad debit yang disambung ke akaun tersebut