Aktiviti Interaktif
Aktiviti interaktif adalah aktiviti yang melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran melalui interaksi antara pelajar, guru, dan bahan pembelajaran.
Contoh aktiviti interaktif termasuk perbincangan kumpulan, simulasi, pembelajaran melalui permainan, projek kolaboratif, dan aktiviti menggunakan teknologi seperti kuiz dalam talian atau aplikasi pembelajaran.
Berikut adalah beberapa aktiviti interaktif dalam topik:
Flipbook digunakan sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam topik "Negeri-negeri di Malaysia"
Flipbook ini sesuai memiliki visual yang menarik dan sesuai kerana memfokuskan kepada satu topik sahaja.
Isi kandungan di dalam flipbook ini berdasarkan buku teks.
Murid dapat mencari dan meneroka maklumat dengan lebih mudah.
Google Earth digunakan sebagai alat alternatif dalam PdP untuk meningkatkan kefahaman berkaitan topik ini menerusi persekitaran maya.
Google Earth menyediakan pengalaman pengembaraan pembelajaran yang menyeronokkan melalui gambaran visual sebenar yang menarik.
Aplikasi ini secara langsung dapat mengukuhkan ingatan murid mengenai nama dan lokasi ibu negeri dan bandar diraja di setiap negeri yang terdapat dalam Malaysia.
Langkah-langkah
Murid dibahagikan secara berpasangan di dalam kelas.
Seorang perlu meneroka ibu negeri dan bandar diraja di aplikasi Google Earth manakala pasangannya perlu mencatat maklumat yang diperolehi berkaitan topik tersebut.
Setiap pasangan perlu menyatakan jawapan sewaktu sesi perbincangan guru dengan rakan sekelas yang lain.
Langkah-langkah
Beberapa orang murid dipilih secara rawak menggunakan spin wheels.
Murid-murid yang terpilih akan tampil ke hadapan dan memadankan nama ibu negeri dan bandar diraja dengan lokasinya di atas peta.
Murid yang menjadi penonton akan memberikan bantuan dan sokongan.