Meningkatkan peranan dan fungsi MBAR secara agresif bagi memperkasakan MBAR secara serius . Menjadikan projek HERO sebagai projek inovasi diperingkat jabatan
Menjadikan beberapa lokasi di Daerah Melaka Tengah lokasi sejahtera dan aman damai menerusi beberapa elemen penting yang diterapkan ke lokasi yang dipilih
Meningkatkan tahap pengetahuan dan ambil peduli masyarakat terhadap penyakit tidak berjangkit terutama terutama kesihatan mental
LAPORAN PENCAPAIAN HERO
Majlis pelancaran Program bertarikh 1 April 2022 , Majlis berkenaan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Pengarah Kesihatan Negeri Melaka , Dr Rusdi Abdul Rahman bertempat di Dataran Jonker Walk Jalan Hang Jebat .
2. Penerbitan bahan Visual dan grafik penerangan mengenai MBAR dan kawasan liputan .
Pasukan NCD telah menerbitkan Video penerangan berkenaan MBAR dan kawasan liputan bermula awal April dan masih dalam proses pembikinan . Bahan Visual ini akan diedarkan ke MedSos dan web yang lain bagi tujuan promosi dan mesej yang jelas kepada masyarakat .
3. Program Lokasi Sejahtera dan Aman damai ( MyHERO)
Program berikutnya adalah Unit Inspektorat Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah . Program dimulakan dengan gotong royong dan susun semula kedudukan . Banyak unit yang turut serta terutama kerjasama yang baik daripada unit bersebelahan lobi terutama CDC dan Vektor .
Sebelum program
sebelum program
Gotong royong unit Vektor
Gotong royong unit Vektor
Sebelum program
sebelum program
Dalam perlaksanaan
Dalam perlaksanaan
Carta organisasi telah dikemaskini. Terima kasih atas kerjasama
suasana kemas dan ceria
sedap mata memandang
Pengkopratan unit Inspektorat
4. MBAR Days - Program ini akan berlangsung sehari setiap bulan .
Pelbagai aktiviti yang melibatkan lokasi MBAR dan bukan MBAR telah dirancang bagi tujuan promosi dan lain lain aktiviti . Pada 16/5/2022 (Isnin) , aktiviti dijalankan di sekitar Ayer Keroh . Beberapa lokasi tumpuan ramai iaitu Petronas Ayer Keroh , Zoo Melaka , Taman Buaya termasuk Mc Donald , Mydin MITC dan sekitar . Program juga disertai oleh Yang Berbahagia Datuk Wira Dr Hj. Ameer Ali Bin Mydin Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holding Berhad ( Pasaraya Mydin MITC)
Bersama CEO Mydin
Sokongan Mydin kepada program MBAR
Bersama sama promosi MBAR dan HFMD
Tangan silang bermaksud hormati bukan perokok
5. MBAR Days - Program ini akan berlangsung sehari setiap bulan .
Pelbagai aktiviti yang melibatkan lokasi MBAR dan bukan MBAR telah dirancang bagi tujuan promosi dan lain lain aktiviti . Pada 25/6/2022 (Sabtu) , aktiviti dijalankan di sekitar Pasaraya Lotus , Peringgit
Pameran Post Covid bersama Dr Aizam , Pegawai Kesihatan Daerah Melaka Tengah pada 10/3/2022
Aktiviti Raja Lelong dijalankan kepada pekerja dan pemilik premis . Pengedaran apron juga dilakukan .
Tangan silang bermaksud hormati bukan perokok
6. MBAR Days - Program ini akan berlangsung sehari setiap bulan .
Pelbagai aktiviti yang melibatkan lokasi MBAR dan bukan MBAR telah dirancang bagi tujuan promosi dan lain lain aktiviti . Pada 30/7/2022-31/7/2022 , aktiviti dijalankan di sekitar Dataran Pahlawan iaitu kawasan MBAR .
Perasmian MBAR Day oleh Pegawai Kesihatan Daerah , Dr Aizam Mohd Said
Aktiviti promosi MBAR Days
Aktiviti promosi MBAR Days
Aktiviti Temusua MBAR Days bersama Pegawai Epidemiologi Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah Dr Adibah Bt Ibrahim
Aktiviti Raja lelong