Hasilkan papan tanda dengan hanya menggunakan Canva
Sebagai seorang guru, penggunaan Canva Education sudah cukup untuk menghasilkan pelbagai design yang menarik. Papan tanda ayat-ayat Al-Quran ini merupakan salah satu contoh yang saya hasilkan sepenuhnya dengan Canva, dengan menggabungkan 'elements' sedia ada. Saya kongsikan hasil design untuk cikgu-cikgu gunakan di sekolah masing-masing. Saiznya adalah 2x1 kaki dan cadangan 'material' adalah acryllic board. Download disini.
Penghasilan E-Module DELIMa
Hasil dari Bengkel Memperkasakan Portal DELIMa yang lalu, guru-guru Sains SPM Daerah Kluang telah berjaya menghasilkan e-module. Saya kongsikan sedikit video'preview' yang merupakan sebahagian dari bahan yang saya kongsikan semasa Hari Terbuka PPD Kluang 2023.
Webinar Edufluencer 3.0
Saya kongsikan tips penghasilan video yang mudah dan efektif, selain dari aplikasi-aplikasi yang boleh digunakan untuk menghasilkan video menggunakan telefon pintar dan komputer di dalam Webinar Bual Bicara Edufluencer Johor. Anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan kerjasama Pasukan Edufluencer KPM.
Penghasilan Skrip Video Pendidikan Berkesan.
Saya kongsikan tips penulisan skrip dan papan cerita untuk penghasilan video pendidikan yang berkesan dan sesuai untuk kegunaan di institusi pendidikan. Anjuran Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, JPN Johor (@sstpjpnjohor) dengan kerjasama Pasukan Cikgootube Johor (@jdtcikgootube).
Bagaimana Edu SASEM dapat membantu guru?
Saya kongsikan mengenai penggunaan platform edusasem.com untuk memaksimakan impak pengajaran guru-guru samada di dalam kelas mahupun diluar kelas.
Apa itu CikgooTUBE?
Saya kongsikan mengenai apa itu CikgooTUBE dan bagaimana guru-guru boleh meningkatkan keberkesanan pdpr / pdpc dengan CikgooTUBE.
Musik Tanpa Copyright Untuk Video Pendidikan di You Tube.
Tahun 2020 menyaksikan kelahiran ramai YouTuber dari kalangan guru. Namun, ramai guru yang masih kurang peka akan keburukan menggunakan lagu-lagu komersial di dalam video pendidikan mereka. Disini saya kongsikan cara terbaik untuk mendapatkan lagu yang sesuai untuk You Tube.
Menggunakan OBS untuk merekod video pendidikan.
Saya kongsikan cara saya menggunakan OBS untuk merakam video pendidikan yang lebih menarik, mudah, dan berkesan. Penggunaan multicamera, multi input, dan custom frame turut disertakan. Guru-guru tidak perlu takut untuk mencuba sesuatu yang baru!
Streaming Sesi PDPR menggunakan Streamyard?
Saya kongsikan salah satu cara terbaik untuk membuat kelas PDPR secara streaming ke pelbagai platform media sosial seperti YouTube dan Facebook. Amat sesuai untuk guru-guru yang ingin menjalankan mass class.
Menghasilkan Kertas Peperiksaan Secara Online.
COVID-19 mendesak sekolah untuk menjalankan ujian dan peperiksaan secara online untuk memastikan perkembangan pelajar dapat diukur secara berterusan. Disini saya kongsikan cara untuk menghasilkan kertas peperiksaan online dengan menggunakan Google Quiz dan Google Drive, berserta setting terbaik.
Pelajar Fokus Belajar di You Tube Dengan Edpuzzle.
Penggunaan video pendidikan di You Tube sememangnya lebih menarik, namun sukar untuk pastikan pelajar kekal fokus terutamanya ketika sesi PDPR. Disini saya kongsikan bagaiman Edpuzzle dapat membantu guru menggunakan video pendidikan dengan lebih efektif! Klik untuk join.
Hasilkan Slideshow Interaktif menggunakan Quizizz.
Penggunaan slideshow semata-mata semakin kurang efektif kerana pelajar masa kini lebih gemar media interaktif. Namun, kekangan masa menyebabkan guru-guru sukar menghasilkan bahan yang menarik. Disini saya kongsikan bagaimana untuk menghasilkan slideshow berserta kuiz interaktif dengan sangat mudah!
Menanda Tugasan Pelajar Lebih Mudah Dengan iPad!
Komuniti Apple Teacher Malaysia semakin berkembang sehingga mencecah 5600 orang ahli. Disini saya kongsikan bagaimana guru boleh menggabungkan iPad dan Google Classroom untuk memudahkan penandaan tugasan pelajar. Kini PDPR lebih mudah buat guru!
'Annotate' Lebih Menarik Dengan Aplikasi Good Notes (iPad).
Disini saya kongsikan bagaimana guru boleh mengajar dengan menggunakan buku teks digital (.pdf) di Google Meet dengan lebih berkesan. Dengan aplikasi Good Notes, guru boleh menulis nota tambahan, highlight, melukis rajah, dan memasukkan gambar untuk membantu sesi pengajaran secara online.
Penggunaan Google Meet Yang Lebih Efektif Dengan 3 Peranti.
Disini saya kongsikan bagaimana guru boleh memaksimakan penggunaan Google Meet dengan menggunakan sehingga 3 peranti elektronik (Smartphone, iPad, dan Komputer) untuk mempamerkan muka, mempamerkan nota berserta annotation, dan juga untuk memantau aktiviti pelajar.
Menjalankan Kelas Online Ditempat Bising.
Ayam berkokok? Anak menangis? Kenderaan menderu laju? Itu semua lumrah ketika sesi PDPR. Namun, tidak boleh dinafikan bunyi bising ketika guru-guru memberi penerangan ketika sesi pembelajaran online sangat mengganggu konsentrasi pelajar. Disini saya kongsikan jenis mikrofon yang paling sesuai untuk digunakan ditempat bising.
Google Meet Lebih Menarik dengan virtual Sound Board
Disini saya kongsikan cara untuk membuatkan sesi PDP guru-guru di Google Meet lebih menarik dengan menggunakan Chrome extension yang boleh berfungsi sebagai Sound Board (untuk menghasilkan effect bunyi).