Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI,
“Kementerian Pendidikan sentiasa berusaha memastikan pelibatan aktif murid dalam program berbentuk penggalakkan, pembangunan dan kecemerlangan sukan. Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) merupakan medium pertandingan yang memberi ruang dan peluang sama rata kepada murid untuk mengembangkan bakat dan potensi diri ke tahap yang paling tinggi.
Selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menerapkan enam aspirasi untuk membolehkan murid bersaing pada peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional, MSSM turut dilihat sebagai platform terbaik untuk membina karakter bangsa Malaysia melalui penerapan adab, akhlak dan integriti dalam kalangan murid.
Besar harapan saya untuk melihat atlet murid kelahiran MSSM mempunyai keperibadian dan jati diri yang tinggi serta boleh mencapai kejayaan seiring sebagai jaguh sukan dan akademik”.
“Atlet Murid Berpendidikan Pewaris Negara”
DATUK HAJI AZMAN BIN HAJI ADNAN