SINOPSIS:
"Antara faktor kejayaan organisasi bergantung kepada gaya kepimpinan yang digunakan."
Nabi membawa kebaikan bukan hanya kepada umat Islam sahaja, bahkan penduduk seluruh dunia. Banyak ilmu kepimpinan yang beliau tunjukkan dapat dipraktikkan oleh orang Islam dan bukan Islam.
Buku ini menerangkan prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP yang digali daripada hadis-hadis yang mempunyai elemen psikologi di dalamnya, dan bagaimana elemen-elemen itu dapat diaplikasikan dalam pengurusan organisasi.
Dalam buku ini, kita akan belajar:
Cara meningkatkan daya pengaruh diri sebagai pemimpin
Cara mendorong staf untuk kerja kuat tanpa rungutan
Cara meransang anak buah berfikiran kreatif
Cara mengawal konflik antara staf dalam syarikat
Dan banyak lagi.
3 huraian utama yang dikupas pada setiap bab:
Isu Semasa - Menerangkan isu semasa mengenai kepimpinan yang berlaku dalam organisasi.
Hadis Pilihan - Menghuraikan hadis yang berkaitan bagi menyelesaikan masalah isu semasa yang berlaku.
Aplikasi & SOP - Menerangkan cara aplikasi hadis dan SOP yang bersesuaian dengan keadaan sekarang.
Buku ini sesuai dijadikan sumber rujukan bagi pengurusan organisasi.
This book is available.