SINOPSIS:
Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman. Begitulah janji Luqman yang tidak sekali-kali berundur walaupun banyak rintangan dan cabaran, yang menjadi liku kehidupan, penuh ranjau berduri.
Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kerana cinta Luqman berjanji untuk mengenali wanita itu. Dan kerana janji itulah Luqman melamar Adelia. Luqman dan Adelia kemudian diijabkabul. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia.
Janji yang begitu teguh di hati Luqman akhirnya membawa musibah. Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit untuk menggapai janjinya semula. Dan di hadapannya ada seseorang yang telah menghulurkan tangan untuk membantu Luqman melaksanakan satu janji yang pernah terungkai.
This book is available.