SINOPSIS:
Ketika saya berjumpa dengan para pesakit ataupun saat menerima banyaknya persoalan menerusi akaun media sosial saya, ternyata ada persoalan sama sedang dihadapi oleh ramai orang iaitu; Bagaimana untuk mengatasi masalah dalam kehidupan.
Hakikatnya, masalah akan sering berlaku. Cuma, bagaimana kita menghadapinya sahaja. Jawapannya ada, cuma kita harus mencarinya.
N: "Kenapa boleh ada manusia macam awak di dunia ini?"
Muharikah: "Macam mana tu?"
N: "Sangat positif!"
Barangkali, begitulah kehidupan kita harus teruskan.
"Membaca penulisan yang datang dari hati itu tiada bezanya seperti jantung dihentak dengan buku lima untuk berdegup semula. Buku ini, buku itu." - Dr. Anwar Fazal, penulis buku bestseller Diagnosis, Diagnosis 2 & Tribulasi 365
"Benarlah, sesungguhnya perancangan dari Allah itu adalah yang terbaik. Buku ini hadir tepat pada waktunya. Waktu marah, waktu sedih, waktu kecewa. Segalanya menjadi satu." - RNYSA, penulis novel Jemari Seni & JS Adiwarna
This book is available.