KOLEKSI NOTA DAN KUIZ
NOTA
Sila tekan tajuk di bawah untuk mendapatkan nota.
KUIZ
Sila tekan tajuk kuiz yang telah dipilih.
PENGENALAN
Program Micro Learning diwujudkan untuk menggalakkan budaya pembelajaran berterusan melalui perkongsian ilmu yang ringkas, praktikal dan mudah difahami.
Setiap topik memberi fokus kepada satu kemahiran atau pengetahuan tertentu dan disediakan dalam bentuk bahan pembelajaran yang mudah diakses oleh peserta. Peserta boleh mempelajari topik yang dipilih mengikut kesesuaian masa dan kadar pembelajaran masing-masing, tanpa perlu menghadiri kelas atau sesi latihan secara langsung.
Selepas mempelajari bahan yang disediakan, peserta boleh menjawab kuiz penilaian bagi mengukur tahap kefahaman terhadap topik tersebut. Peserta yang mencapai markah minimum 90% boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Sijil Kompetensi sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian pembelajaran mereka.
Setiap topik Micro Learning mempunyai yuran penyertaan tersendiri, bergantung kepada tajuk, kandungan, bahan pembelajaran dan bentuk penilaian yang disediakan.
OBJEKTIF PROGRAM
Program Micro Learning bertujuan untuk membantu peserta membina pengetahuan dan kemahiran secara berterusan melalui pembelajaran yang ringkas, praktikal dan mudah diikuti.
Melalui program ini, peserta akan dapat:
Menambah pengetahuan — memahami konsep dan amalan terbaik dalam bidang yang berkaitan.
Membangunkan kemahiran — menguasai kemahiran praktikal yang boleh terus diaplikasikan di tempat kerja.
Fokus pada satu topik — mendapatkan pembelajaran yang lebih terarah dan mudah diikuti mengikut keperluan.
Membuktikan kompetensi — mendapatkan Sijil Kompetensi sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian pembelajaran.
Dengan objektif ini, Program Micro Learning menjadi satu pendekatan pembelajaran yang sesuai untuk individu yang ingin terus belajar, meningkatkan kemahiran dan berkembang dalam kerjaya masing-masing.
PROSES PENYERTAAN DAN CARA MENDAPATKAN SIJIL KOMPETENSI
LANGKAH 1 — BUAT BAYARAN
Peserta perlu membuat bayaran mengikut yuran penyertaan bagi topik Micro Learning yang dipilih ke akaun yang berikut. Semasa membuat bayaran, peserta hendaklah memasukkan kod topik Micro Learning yang dipilih di ruang Reference/rujukan pembayaran.
Sila semak kod topik di bawah (skrol hingga akhir laman web).
PERHATIAN: Bukti pembayaran tidak perlu dihantar pada peringkat ini. Namun, peserta WAJIB menyimpan bukti pembayaran kerana dokumen tersebut perlu dimuat naik kemudian - semasa mengisi Borang Permohonan Sijil Kompetensi.
LANGKAH 2 — REQUEST NOTA
Selepas membuat bayaran, peserta perlu membuat request nota bagi topik Micro Learning yang telah dipilih dan dibayar. Contoh seperti gambar berikut. Pilih sebagai Viewer.
Sila pilih tajuk di bawah (skrol hingga akhir laman web).
Peserta perlu memastikan topik yang di-request adalah sama dengan topik yang telah dipilih semasa membuat bayaran di Langkah 1.
Setelah request diterima dan diproses, pihak Pilah Training akan memberikan nota pembelajaran melalui perkongsian Google Drive. Peserta seterusnya boleh mengakses, memuat turun dan mempelajari nota tersebut.
LANGKAH 3 — JAWAB KUIZ & CAPAI MARKAH 90%
Setelah menerima dan mempelajari nota pembelajaran bagi topik yang dipilih, peserta perlu menjawab kuiz penilaian yang disediakan untuk topik tersebut.
Peserta perlu memperoleh markah sekurang-kurangnya 90% untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya, iaitu Permohonan Sijil Kompetensi.
Sekiranya markah yang diperoleh masih di bawah 90%, peserta boleh mengulang semula kuiz dan membuat percubaan seterusnya sehingga mencapai markah minimum 90%.
Peserta tidak perlu membuat permohonan sijil setiap kali menjawab kuiz. Borang Permohonan Sijil Kompetensi hanya perlu diisi sekali, iaitu selepas peserta telah mencapai markah sekurang-kurangnya 90%.
LANGKAH 4 — ISI BORANG PERMOHONAN SIJIL KOMPETENSI
Setelah memperoleh markah sekurang-kurangnya 90% dalam kuiz, peserta boleh membuat permohonan Sijil Kompetensi bagi topik Micro Learning yang telah diselesaikan.
Peserta perlu mengisi Borang Permohonan Sijil Kompetensi melalui pautan yang disediakan oleh Pilah Training.
Semasa mengisi borang, peserta hendaklah:
memastikan nama, nombor kad pengenalan, alamat e-mel dan maklumat lain yang diberikan adalah tepat;
memilih atau menyatakan topik Micro Learning yang telah diselesaikan; dan
memuat naik bukti pembayaran yang telah disimpan semasa Langkah 1.
Borang Permohonan Sijil Kompetensi:
PENTING:
Borang Permohonan Sijil Kompetensi hanya perlu diisi sekali, selepas peserta mencapai markah minimum 90%.
Peserta bertanggungjawab menyemak semua maklumat sebelum menghantar borang. Sebarang permintaan untuk membetulkan maklumat pada sijil selepas borang dihantar, termasuk pembetulan ejaan nama, nombor kad pengenalan atau maklumat lain, akan dikenakan yuran proses RM50 bagi setiap satu pembetulan.
LANGKAH 5 — TERIMA SIJIL KOMPETENSI MELALUI E-MEL
Setelah peserta mengisi Borang Permohonan Sijil Kompetensi dengan lengkap dan permohonan tersebut diterima serta diproses oleh pihak Pilah Training, Sijil Kompetensi akan dihantar kepada peserta melalui alamat e-mel yang dinyatakan dalam borang permohonan.
Peserta hendaklah memastikan alamat e-mel yang diberikan semasa mengisi borang adalah tepat, aktif dan boleh menerima e-mel.
Proses Penerimaan Sijil
1. Permohonan disemak
Pihak Pilah Training akan menyemak maklumat dan dokumen yang dikemukakan dalam Borang Permohonan Sijil Kompetensi.
2. Sijil diproses
Setelah permohonan lengkap dan memenuhi keperluan yang ditetapkan, Sijil Kompetensi akan diproses untuk dikeluarkan.
3. Sijil dihantar melalui e-mel
Sijil Kompetensi akan dihantar kepada peserta melalui alamat e-mel yang telah diberikan dalam borang permohonan.
4. Simpan sijil
Peserta hendaklah membuka e-mel tersebut, memuat turun sijil dan menyimpannya di tempat yang selamat untuk rujukan pada masa akan datang.
PENTING
Sijil Kompetensi akan dihantar dalam format PDF atau image melalui e-mel.
Peserta disarankan menyemak Inbox, Spam, Junk Mail atau folder lain sekiranya sijil tidak kelihatan di Inbox.
Pastikan alamat e-mel yang diberikan semasa mengisi borang adalah betul dan aktif.
Peserta bertanggungjawab menyimpan salinan sijil yang telah diterima untuk kegunaan dan rujukan sendiri.
Sekiranya peserta tidak menerima e-mel sijil dalam tempoh yang 48 jam, peserta boleh menghubungi pihak Pilah Training untuk mendapatkan bantuan.
KAEDAH PEMBELAJARAN
Program Micro Learning dilaksanakan secara online, membolehkan peserta mengikuti pembelajaran mengikut masa dan kesesuaian masing-masing.
Peserta boleh memilih untuk mengikuti perkongsian pembelajaran melalui Facebook dan YouTube, atau mendapatkan nota pembelajaran bagi topik yang dipilih.
Kandungan Micro Learning akan dikongsikan secara berperingkat melalui Facebook dan YouTube, mengikut kategori. Tentatif jadual seperti di bawah:
Facebook:
Perkongsian Sumber Manusia (HR) pada pukul 7.00 pagi setiap hari.
Perkongsian tentang Pentadbiran Pejabat (Admin) pada pukul 3.00 petang setiap hari.
Youtube:
Perkongsian Sumber Manusia (HR) pada pukul 8.30 pagi setiap hari.
Perkongsian tentang Pentadbiran Pejabat (Admin) pada pukul 4.00 petang setiap hari.
Setiap topik yang dikongsikan melalui video akan mempunyai jumlah kandungan tertentu. Contohnya, 1/8, 2/8, 3/8 sehingga 8/8, yang menunjukkan jumlah keseluruhan video bagi topik tersebut.
Peserta boleh mengikuti perkongsian tersebut secara berperingkat sehingga keseluruhan topik selesai.
Peserta yang tidak mahu menunggu keseluruhan perkongsian video selesai boleh terus mendapatkan nota pembelajaran bagi topik yang ingin dipelajari.
Untuk mendapatkan nota, peserta perlu:
Buat bayaran → Request nota → Terima nota melalui Google Drive → Pelajari topik → Jawab kuiz
Dengan kaedah ini, peserta boleh terus memulakan pembelajaran bagi topik yang dipilih tanpa perlu menunggu semua video bagi topik tersebut selesai dikongsikan di Facebook atau YouTube.
Program ini disediakan oleh:
PILAH TRAINING (MyCoID: 201303120852)
No. 642, Jalan Baiduri 3, Taman Bukit Intan, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Tel No.: 0196103684 | E-mail: pilahtraining[at]gmail[dot]com