Transformasi pendidikan di Malaysia ke arah menghasilkan kemenjadian murid dan kepimpinan sekolah yang berkualiti. Selaras dengan itu SMK. Sri Kukup meletakkan ‘Kemenjadian Murid Secara Holistik’ sebagai matlamat akhir program Transformasi Sekolah 25 (TS25). Untuk memastikan matlamat ini tercapai, SMK. Sri Kukup telah bertindak untuk memantapkan kompetensi pemimpin-pemimpin SLT (Senior Leader Team) dan MLT (Middle Leader Team) melalui pengurusan secara digital dengan menggunakan MEPS (Mengintegrasikan Ekosistem Pendigitalan Sekolah) Seramai 6 orang guru yang terdiri daripada pemimpin SLT dan 34 orang guru yang terdiri daripada pemimpin MLT dipilih sebagai responden awal bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatan khususnya dalam kemahiran ICT melalui instrumen ‘Suara Guru’. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, menunjukkan bahawa pemimpin SLT dan MLT belum menguasai kemahiran ICT dengan baik. Projek MEPS yang dilaksanakan bertujuan membantu meningkatkan kemahiran ICT golongan pemimpin SLT dan MLT ini bagi memastikan pengurusan sekolah mampu dijalankan dengan lebih cekap dan kompeten.
Dapatan daripada pelaksanaan projek MEPS ini menunjukkan telah berlakunya peningkatan kompetensi pemimpin SLT dan MLT. Kejayaan MEPS ini juga secara tidak langsung membantu meningkatkan kemahiran guru-guru lain, seterusnya berjaya merealisasikan matlamat kemenjadian murid secara holistik.
Besarlah harapan kami agar MEPS ini akan memberi manfaat bukan sahaja kepada warga SMK. Sri Kukup, malahan juga kepada semua pemimpin sekolah, guru-guru dan warga sekolah yang lain bagi mencapai hasrat membentuk sekolah berkualiti.
Sekolah ini terletak di Pekan Kukup, di dalam daerah Pontian, berhampiran Pusat Pelancongan Tanjung Piai Pontian. Lokasi yang terkenal sebagai penghujung benua Asia. Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1965, ketika itu semua pengurusan dan pentadbirannya menumpang di Sekolah Kebangsaan Sungai Durian. Pada tahun 1967, sekolah ini mula mendapat bangunan sendiri dan pada tahun 1968 sekolah ini telah berjaya melaksanakan peperiksaan SRP (Sijil Rendah Pelajaran) untuk kali pertamanya di bangunan sendiri. Mulai 1 Mac 1994 sekolah ini telah bertukar daripada taraf gred B ke taraf gred A dengan bilangan gurunya seramai 49 orang, bilangan kakitangan 10 orang, dan bilangan muridnya pula seramai 836 orang. Sehingga tahun 2000 sekolah ini telah mampu menampung seramai 1264 orang pelajar, 73 orang guru dan 11 kakitangan sokongan. Manakala penghuni asrama pula seramai 93 orang. Sehingga Ogos 2021 enrolmen murid SMK Sri Kukup adalah berjumlah 892 murid dengan tenaga pengajar sejumlah 83 orang guru.
Projek MEPS yang dirancang ini adalah bertujuan mengintegrasikan semua program digital yang terdapat disekolah . Selaku pemimpin instruktional di sekolah sudah tentu berusaha untuk memastikan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan yang dibina selama ini tidak dipersiakan. Pandemik Covid-19 yang melanda negara bermula penghujung 2019 menjadikan cabaran transfromasi ini sekolah dalam membudayakan aplikasi teknologi perlu dilaksanakan dengan segera. Esplin,Stewart dan Thurston (2018) menegaskan lanskap seorang pemimpin sekolah perlu seiring dengan perkembangan dan isu teknologi semasa. Pemimpin perlu lebih peka dan prihatin menerima perubahan yang mendadak melalui pemupukan ICT dalam organisasi sekolah.