KARNIVAL STEM MATRIKULASI 2024
MaSCar 2024
“STEM IGNITING INNOVATION BEYOND IMAGINATION”
“STEM IGNITING INNOVATION BEYOND IMAGINATION”
Penganjuran karnival bermula sejak tahun 2019 sehingga kini dan telah menunjukkan impak yang positif dalam kalangan pelajar dan pensyarah. Ia merupakan satu acara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh warga matrikulasi dan pihak yang berkaitan. Justeru, berdasarkan kepada sambutan dan kerjasama yang semakin memberangsangkan daripada agensi-agensi luar dan penduduk setempat, MaSCar kini dilihat sebagai satu pemangkin untuk menyebarluaskan pengetahuan STEM. Ia dibuat menerusi pelbagai konteks termasuk pemahaman dan pengaplikasian sains dan teknologi yang lebih bermakna dan berkait dengan permasalahan kehidupan sebenar. Oleh yang demikian, MaSCar 2024 telah dirancang dengan teliti untuk dilaksanakan pada tahun ini selari dengan agenda utama yang dinyatakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 yang kini telah memasuki fasa Gelombang ke-3.
Pada tahun ini, Karnival Sains Matrikulasi telah dijenamakan semula sebagai Karnival STEM Matrikulasi iaitu secara akronimnya MaSCar (Matriculation STEM Carnival). Hal ini adalah seiring dan bertepatan dengan perkembangan semasa di mana ia merupakan satu platform perkongsian aktiviti Kelab STEM; iaitu Kelab Kimia, Fizik, Biologi, Teknologi Hijau, Kelab Astronomi, Sains Komputer dan Matematik. Pengisian MaSCar 2024 tertumpu kepada penganjuran pertandingan, permainan dan pameran merentasi keempat-empat elemen STEM iaitu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam usaha menarik minat semua pelajar matrikulasi dan pelajar-pelajar sekolah di sekitar negeri Pulau Pinang terhadap STEM.
Berikut adalah objektif pelaksanaan MaSCar 2024 ini;
(a) Memberi kesedaran dalam kalangan pelajar, pendidik dan masyarakat mengenai kepentingan STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics), bidang pembinaan alat pengesan (IoT), bidang aeroangkasa (RC JET) dan bidang teater sebagai elemen penting dalam kehidupan masyarakat.
(b) Meningkatkan kefahaman terhadap kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan konsep sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam kalangan pelajar, pendidik dan masyarakat.
(c) Mencetus budaya rekacipta dan inovasi berunsurkan STEM di peringkat prakerjaya iaitu di peringkat sekolah dan matrikulasi.
(d) Meningkatkan daya kreativiti, sikap berdaya saing, dan cuba jaya dalam kalangan pelajar.
(e) Mengembangkan bakat dan potensi pelajar selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
(f) Menggilap minat pelajar ke arah bidang STEM.
(g) Menyediakan aktiviti atau program yang merentasi kurikulum dengan mengintegrasikan STEM.
(h) Menyebar luas hasil penyelidikan dan inovasi berkualiti daripada pelajar dan pensyarah matrikulasi untuk perkongsian ilmu dalam kalangan warga matrikulasi dan masyarakat luar.
(i) Membimbing pelajar kepada kaedah penyelesaian masalah dunia sebenar dan membina keyakinan diri.
(j) Menjalin kerjasama dengan agensi-agensi luar yang terlibat secara langsung dengan kepakaran STEM, alat pengesan (IoT), aeroangkasa (RC Jet) dan teater.
BAHAGIAN MATRIKULASI KPM
di bawah kelolaan
:: KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG ::
Untuk Gambar, Video dan Info Sepanjang MASCAR 2024, layari fb MASCAR 2024, KMPP Photobase, TikTok MaSCar & Galeri Foto
✨ MaSCar 2024 ✨
MATRICULATION STEM CARNIVAL
27-28 SEPTEMBER 2024
KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG