TERTIARY EDUCATION SPONSORSHIP PROGRAMME (TESP)
TARIKH PERMOHONAN
5 Mei - 18 Mei 2023
Terbuka kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa peringkat Ijazah Pertama dalam bidang tertentu di Institut Pengajian Tinggi (IPT) terpilih di dalam negara.
MAKLUMAT PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di Portal MARA melalui pautan: www.mara.gov.my bermula 5 May - 18 May 2023
Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan syarat akademik yang telah ditetapkan.
Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.
SYARAT UMUM
Warganegara Malaysia.
Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa bertaraf Bumiputera
Memenuhi syarat kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) keluarga seperti berikut:
Kategori 1: Yuran & Elaun Sara Hidup
Pendapatan bulanan RM8,000 ke bawah
Pendapatan tahunan bercukai - RM100,000 ke bawahKategori 2: Yuran Sahaja
Pendapatan bulanan RM8,001 ke RM15,000
Pendapatan tahunan bercukai - RM100,001 - RM180,000
Ibu dan bapa/penjaga serta pelajar tidak disenaraihitam oleh MARA.
Tidak pernah menerima pinjaman MARA bagi peringkat pengajian yang sama.
Bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan.
Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.
SYARAT AKADEMIK:
Pelajar Baharu
1. Mendapat CGPA > 3.00 di peringkat Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM serta setaraf;
2. Telah mendapat tawaran/mendaftar di IPT bermula Januari 2022.
Pelajar Sedia Ada
1. Mendapat CGPA > 3.00 bagi semester terdahulu; DAN
2. Mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun
Lain-lain Syarat
Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM
Kelayakkan akademik bagi program Perubatan, Pergigian, dan Farmasi mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Badan-Badan Professional.
UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUT DARI PIHAK MAHSA UNIVERSITY:
SENARAI PROGRAM TERPILIH MARA TESP DI UNIVERSITI MAHSA
CARA MEMOHON
Permohonan dibuka secara atas talian (online) di http://www.mara.gov.my
Calon hendaklah memastikan maklumat lengkap telah diisi.
Calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan serta perlu mencetak dan menghantar dokumen yang berkaitan kepada MARA.
Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.
Sebarang pertanyaan mengenai program dan masalah teknikal boleh dibuat dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang melalui emel ke alamat; tesp@mara.gov.my.