Menurut Norhashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003), kurikulum adalah perancangan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dirangka bagi mencapai sesuatu matlamat pendidikan yang berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kurikulum dalam pendidikan awal kanak-kanak penting sebagai garis rujukan kepada guru atau pendidik dalam mendidik kanak-kanak dan memberi pengalaman kanak-kanak mengikut program. Kurikulum pendidikan awal kanak-kanak terbahagi kepada dua iaitu kurikulum PERMATA di taska manakala Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) di tadika atau prasekolah.
LATAR BELAKANG
Program PERMATA Negara diketuai oleh isteri Perdana Menteri , Datin Seri Rosmah Mansor pada tahun 2004/2005
Tujuan program ini adalah untuk mengatasi masalah sosial dalam kalangan belia dan remaja
Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Kebangsaan atau National Child Development Research Centre (NCDRC) dibangunkan sebagai langkah permulaan bagi menguruskan Pembangunan Kurikulum PERMATA Negara dan melaksanakan penyelidikan serta bertanggungjawab bagi menyediakan latihan kepada pendidik dan jurulatih PERMATA.
Memberikan didikan awal dan pengasuhan secara bersepadu untuk kanak-kanak sejak lahir -4 tahun
Membantu kanak-kanak diberi peluang untuk mempunyai pengalaman pendidikan yang berkualiti
Melahirkan kanak-kanak sebagai modal insan negara yang mempunyai rohani yang mantap, menghargai kepelbagaian budaya, sahsiah yang mulia, pengamalan yang mulia dan semangat patriotik
Membangunkan kemahiran interpersonal dan sosial bagi membantu kanak-kanak bersosial dalam masyarakat kepelbagaian budaya
Membantu kanak-kanak tentang pemakanan yang sihat, kebersihan dan keselamatan diri serta gaya hidup yang sihat.
Membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran literasi dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan ibunda, berkomunikasi dan kemahiran awal
Gabungan antara pengasuhan dan pendidikan dirujuk pada model konseptual kurikulum PERMATA Negara yang dijadikan panduan kepada pendidik .
LATAR BELAKANG
Diperkenalkan pada tahun 2010 dan diperbaharui pada tahun 2017
Pencapaian kualiti dalam kurikulum KSPK yang dilaksanakan selaras dengan standard antarabangsa di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Meningkatkan lagi kemahiran kanak-kanak umur empat hingga enam tahun secara bersepadu dan menyeluruh dari aspek sosial, aspek rohani, aspek jasmani, aspek emosi dan aspek intelek
Mengamalkan bahasa yang sesuai untuk berkomunikasi dengan baik
Menerapkan nilai-nilai Islam dalam amalan kehidupan bagi kanak-kanak beragama yang Islam
Memperkenalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia
Menyayangi dan menghargai alam sekitar. Objektif yang kelima adalah mengembangkan daya kreatif dan estetika
KSPK dibina berdasarkan 6 tunjang kerohanian sikap dan nilai, keterampilan diri, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, komunikasi dan kemanusiaan. Keenam-enam tunjang ini dinilai dengan menekankan pemikiran yang kreatif, kritis dan berinovatif. Tunjang ini bertujuan membina kanak-kanak yang menerapkan nilai-nilai murni berteraskan keaagamaan, berilmu pengetahuan, keterampilan, berpikiran kritis dan kreatif serta inovatif.
6 TUNJANG KSPK
Tunjang komunikasi yang meningkatkan kemahiran bahasa secara verbal dan bukan verbal semasa berkomunikasi.
Tunjang kerohanian, nilai dan sikap memberi penekanan kepada aspek pengamalan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai.
Tunjang kemanusiaan berfokus kepada pengetahuan dalam ilmu pendidikan dan amalan.
Tunjang keterampilan diri lebih kepada pembinaan emosi yang baik dan pembinaan kemahiran interaksi.
Tunjang perkembangan fizikal dan estetika menekankan perkembangan kesihatan dan jasmani.
Tunjang sains dan teknologi memberi penenkanan kepada pengetahuan teknologi dan kemahiran saintifik
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Guru haruslah menyediakan portfolio untuk mendapatkan hasil kerja dan merekodkan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak
Guru juga hendaklah mempelbagaikan skop kandungan dan aktiviti pembelajaran supaya P&P berkesan
Guru juga digalakkan menggunakan alat bahan bantu mengajar yang sesuai dengan keperluan murid.
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Kesimpulannya, kurikulum sangat penting bagi program pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Kurikulum ini dapat memberikan peluang pengalaman dalam pembelajaran awal yang berkualiti. Kerjasama antara guru, ibu bapa, komuniti dan pihak-pihak tertentu amat penting bagi membantu perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, guru haruslah memastikan proses pembelajaran sesuai dengan kurikulum yang ditetapkan abgi mencapai perkembangan kanak-kanak yang optimum. Hal ini bagi menghasilkan kurikulum dapat diterapkan dalam kalangan kanak-kanak secara efektif.