anjuran Ibu Pejabat Kebangsaan, St. John Ambulans Malaysia
Program ini bertujuan untuk menguji dan mengukuhkan pengetahuan ahli-ahli St. John Ambulans Malaysia (SJAM) di sekolah-sekolah menengah disamping memberi peluang kepada semua ahli SJAM mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang boleh memberi manfaat.
Pada penghujung program ini, peserta-peserta berpeluang memperolehi markah dalam PAJSK – Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dengan secara penyertaan dan pencapaian peringkat kebangsaan.
Kuiz Pengetahuan dan Kewarganegaraan St. John Ambulans Peringkat Kebangsaan 2022 ini adalah terbuka kepada semua ahli St. John Ambulans Malaysia dari Sekolah Menengah di Malaysia.
Kuiz ini akan dianjurkan pada 17hb. Disember 2022 (Sabtu) secara Dalam Talian.
Tiada had dalam bilangan peserta yang menyertai kuiz ini.
Taraf Keahlian:
Kategori A – Tingkatan Peralihan dan Tingkatan 1 (Lelaki dan Perempuan)
Kategori B – Tingkatan 2 (Lelaki dan Perempuan)
Kategori C – Tingkatan 3 (Lelaki dan Perempuan)
Kategori D – Tingkatan 4 (Lelaki dan Perempuan)
Kategori E – Tingkatan 5 (Lelaki dan Perempuan)
Kategori F - Tingkatan 6 (Lelaki dan Perempuan)
Peserta perlu mempunyai telefon pintar (smartphone) atau komputer.
Berpandukan Buku Panduan St. John Ambulans Malaysia di Sekolah (Terbitan 2016). Sila hubungi Ibu Pejabat Negeri / Wilayah / Kawasan masing-masing untuk memperoleh buku panduan berkenaan.
Buku Peraturan Am, St. John Ambulans Malaysia (Edisi Jun 2018) .
Buku Peraturan Pakaian Seragam St. John Ambulans Malaysia (Edisi Nov 2016).
Sila hubungi ibu pejabat negeri / wilayah / kawasan masing-masing untuk memperoleh buku panduan berkenaan.
Kuiz ini akan diberikan pautan secara dalam talian untuk menjawab kuiz menggunakan Borang Elektronik (e-Form) (Soalan pelbagai pilihan (MCQ - Multiple Choice Questions) dalam tempoh 1 Jam 30 Minit (90 Minit Sahaja) bagi setiap kuiz yang dipertandingkan.
Semua Kategori
Tarikh : 17 Disember 2022 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi – 10.30 pagi (1 Jam 30 Minit)
Semua Kategori
Tarikh : 17 Disember 2022 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang – 3.30 petang (1 Jam 30 Minit)
Berikut adalah kaedah penganugerahan sijil elektronik (e-certificate):
Kategori A – Tingkatan Peralihan dan Tingkatan 1 (Lelaki dan Perempuan)
Kategori B – Tingkatan 2 (Lelaki dan Perempuan)
Kategori C – Tingkatan 3 (Lelaki dan Perempuan)
Kategori D – Tingkatan 4 (Lelaki dan Perempuan)
Kategori E – Tingkatan 5 (Lelaki dan Perempuan)
Kategori F - Tingkatan 6 (Lelaki dan Perempuan)
Sijil Penyertaan (hanya untuk peserta yang memperoleh markah 50% dan ke atas).
TIADA yuran penyertaan akan dikenakan kepada ahli-ahli yang mengambil bahagian-bahagian dalam kuiz pertandingan ini.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai Turus Negeri / Kawasan (St. John Kadet) masing-masing.