Selalunya, penyelesaian masalah di tahap pengguna akhir, kerap kali terjadi adalah masalah seperti berikut:
Masalah pencetak
Masalah sistem operasi/perisian
Masalah sistem
Masalah komputer
Penukaran posisi
Aturan tetapan sistem
Penyelesaian masalah di tahap pengguna akhir ini selalunya dilayan terus oleh ahli IT Services dengar kadar segera iaitu 20 minit lepas laporan diterima daripada pengguna akhir. Dan penyelesaian masalah ini perlu diselesaikan di dalam masa 24 jam.
Selesaian masalah di tahap Informasi Teknologi yang kerap berlaku adalah seperti berikut:
Masalah pelayan
Masalah rangkaian
Masalah aplikasi
Masalah pengkalan data
Masalah bekalan tenaga ke ladang pelayan
Masalah perisian pelayan/aplikasi
Perlesenan
Akses ke rangkaian setempat
Keselamatan siber
Untuk penyelesaian masalah di tahap Informasi Teknologi ini memerlukan interaksi dengan pekerja IT di bahagian ibu pejabat, kerana memerlukan kepakaran mereka. Selalunya IT Services akan membuat laporan terus kepada IT ibu pejabat sekiranya IT Services tidak dapat menyelesaikan masalah itu sendiri. Masa yang agak panjang juga diperlukan untuk membolehkan IT ibu pejabat menyelesaikannya.
Untuk setiap penyelesaian masalah akan direkodkan menggunakan Google Form. Google Form ini mempunyai tarikh, masa, butiran, tempat laporan, dan solusi setiap penyelesaian masalah tersebut.
Data-data di dalam Google Form ini dikumpulkan selama sebulan dan kemudian satu laporan akan dibuat berdasarkan data-data tersebut.