KOPANS (B51086) ditubuhkan pada 2017 sebagai badan yang menjaga kepentingan dan juga membuat perkhidmatan menambah nilai kepada penternak-penternak ayam khususnya di negeri Selangor.
VISI
Pembangunan Ekonomi Demi Kesejahteraan Ahli-Ahli KOPANS.
MISI
Menjana Perniagaan, Perkhidmatan Dan Mengukuhkan Ekonomi Ahli.
MATLAMAT KOPERASI
Untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi
PERANCANGAN JANGKA PENDEK
Membina pusat pemprosesan ayam halal untuk pasaran tempatan
Membuka pusat jualan ayam segar (kedai) di lokasi yang strategik
Pembekal baja organik kepada ladang-ladang sayur
Projek Usahasama Memajukan Tanah Terbiar & Khidmat Juruperunding Penternakan
PERANCANGAN JANGKA PANJANG
Menjadi pusat integrator seperti AYAMAS dan CP
Menjual produk ayam segar dan produk berasaskan ayam pedaging ke pasaran antarabangsa
Pusat Teknologi Penyelidikan Dan Pembangunan Ternakan Ayam.
Ternakan-Pelancongan