Kontraktor Rumah Murah Kota Bharu adalah salah satu produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat kami, Syarikat Mahareka Resources merupakan Syarikat Pembinaan yang ditubuhkan pada tahun 2019 dan didaftarkan di Kota Bharu, Kelantan.
Kami merupakan Syarikat Pembinaan yang menjalankan kerja-kerja sivil dan memfokuskan pembinaan rumah kos rendah atau rumah mampu milik untuk pelanggan.
Keutamaan kami adalah bagi pelanggan yang kurang berkemampuan, berkerja sendiri atau yang tidak mepunyai pendapatan tetap,
Pihak kami juga menyediakan urusan kemudahan bagi pelanggan mendapatkan pembiayaan dengan bank-bank tempatan melalui skim-skim kerajaan yang sedia ada seperti skin jaminan kredit perumahan kerajaan (SJKP) yang memberi kemudahan pembiayaan sehingga Ringgit Malaysia 500 ribu.
Bagi memenuhi kehendak pelanggan pihak kami juga menyediakan design rumah terkini dan moden yang menepati cita rasa pada zaman kini dan jaminan penyiapan rumah mengikut masa yang ditetapkan.