KONVENSYEN PENYELIDIKAN, PLC DAN INOVASI PENDIDIKAN
PROGRAM MATRIKULASI KPM KALI PERTAMA (KonPPI-1 2021)
SYARAT PENYERTAAN KonPPI-1 2021
Setiap penyertaan hendaklah mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan bagi setiap jenis pembentangan iaitu Penyelidikan, PLC, Inovasi dan KIK seperti dalam Garis Panduan yang diberikan.
Pembentang TIDAK boleh mengolah atau mengubahsuai kajian penyelidikan, PLC, inovasi dan KIK untuk menyertai dua atau kesemua bentuk pembentangan dalam konvensyen yang sama.
Syarat khusus bagi penyertaan KIK HB dan Inovasi adalah seperti berikut:
3.1 Projek yang menyertai pertandingan KIK HB hendaklah merupakan projek memenuhi tema tetapi tidak terlibat secara langsung dengan proses pembelajaran dan pembelajaran.
3.2 Projek yang menyertai pertandingan Inovasi hendaklah merupakan projek memenuhi tema dan terlibat secara langsung dengan proses pembelajaran dan pembelajaran.
Bilangan penyertaan maksimum bagi setiap Kolej Matrikulasi adalah seperti berikut:
5. Setiap penyertaan dari Kolej Matrikulasi hendaklah melalui tapisan di peringkat kolej melalui Jawatankuasa (JK) masing-masing agar memenuhi tema dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
6. Setiap penyertaan dari kolej matrikulasi hendaklah mendapat kebenaran daripada pengarah kolej masing-masing.
7. Penyertaan ini juga terbuka kepada warga kolej tingkatan 6, Kolej Vokasional, Institusi Pendidikan Guru (IPG), asasi Universiti Awam dan warga Kementerian Pendidikan Malaysia.
8. Tema bagi KonPPI-1 2021 adalah “Memperkasakan Pembelajaran dalam Dunia Digital” dan subtema adalah mengikut kluster seperti yang berikut:
Kluster 1: Pendidikan Digital
i. Pentadbiran dan pengurusan PdP secara dalam talian;
ii. Pembangunan medium yang sesuai untuk PdP secara dalam talian;
iii. Penggunaan teknologi dalam PdP/ Pendidikan;
iv. Penilaian dan pentaksiran secara dalam talian;
v. Penggunaan aplikasi terkini dalam PdP;
vi. Penyelidikan tindakan berfokuskan online learning; dan
vii. Isu dan cabaran pendidikan digital.
Kluster 2: Revolusi Industri Ke-4 (Industrial Revolution 4.0, IR 4.0)
i. Pemikiran/ kemahiran/ pembelajaran abad ke-21 (PAK21);
ii. Pedagogi kreatif/ kreativiti dan inovasi dalam PAK21;
iii. Pengukuran dan penilaian PAK21;
iv. Pendidikan STEM ke arah IR4.0;
v. Kemahiran insaniah dan pembelajaran sepanjang hayat;
vi. Kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah;
vii. Pendekatan merentas disiplin dalam PdP; dan
viii. Isu dan cabaran pendidikan kerohanian dalam era IR 4.0.
Kluster 3: Pengurusan dan Kepimpinan
i. Pengurusan dan kepimpinan pendidikan berimpak tinggi;
ii. Pengurusan sokongan penyampaian pendidikan;
iii. Pentadbiran pendidikan;
iv. Pembangunan dan pengurusan kurikulum;
v. Peranan pengurusan dan kepimpinan dalam PLC; dan
vi. Pengurusan psikologi dalam norma baharu.
9. Kaedah pembentangan adalah secara dalam talian (online).
10. Sebarang maklumat dan perubahan akan dikongsi di laman web https://sites.google.com/view/konppi1-2021/home yang boleh dirujuk dari semasa ke semasa.
11. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan mana-mana penyertaan sekiranya didapati maklumat yang diberikan tidak benar atau tidak mematuhi syarat dan garis panduan yang diberikan.
12. Keputusan panel penilai yang dilantik adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
13. Sebarang pertanyaan berkaitan konvensyen, sila hubungi:
Pn. Bibi Aishah binti Roslan (019-7779900)
Dr. Nur `Ashiqin Najmuddin (012-2730699)
Pn. Rudziah binti Umar (011-23565302)