KL EdTech Day 2018 merupakan sebuah seminar bertemakan teknologi pendidikan yang menggunakan pendekatan "dari guru untuk guru" . KL EdTech Day menyediakan sesi perkongsian dan bengkel yang memberi peluang kepada peserta mengalami dan menimba ilmu kemahiran secara santai dan bermakna. KL EdTech Day 2018 menyediakan lebih 20 sesi perkongsian amalan terbaik dan 40 sesi bengkel hands-on.

Objektif

  1. Mempertingkatkan perkongsian ilmu, kemahiran dalam pedagogi, inovasi dan pelbagai aspek Pembelajaran Abad Ke-21.
  2. Meningkatkan perkongsian ilmu, kepakaran, dapatan penyelidikan dan perkembangan terkini yang boleh dimanfaatkan untuk memperkukuh Pembelajaran Abad Ke-21.
  3. Meningkatkan perkongsian ilmu, kemahiran, inisiatif dan program pengurusan Pembelajaran Abad Ke-21 yang berkualiti.