KELAB ROBOTIK
SEKOLAH RENDAH I MUSLEH MELAKA
SEKOLAH RENDAH I MUSLEH MELAKA
Misi Kelab Robotik SRiM ini bertujuan untuk menjadi platfom untuk inovasi dan kreatif yang menyeluruh untuk pendedahan murid dalam pembelajaran aktif dan berkesan, membina karakter dan Kemahiran Abad ke-21. Selain memupuk minat murid dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik ( STEM ), ilmu masa depan iatu pengkomputeran, aplikasi dan alatan robotik dapat diperolehi.
Kelab Robotik juga menjadi platfom murid-murid menyertai pertandingan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa setiap tahun. Kemahiran penting apabila murid-murid menyertai pertandingan-pertandingan ini ia dapat membina kemahiran komunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah, kerja dalam kumpulan, disiplin, kawalan emosi, konsisten dan sabar dalam berusaha melakukan yang terbaik untuk memperolehi kejayaan mengharumkan nama sekolah dan negara.
Kelab Robotik SRiM ini masih baru dan alhamdulillah mendapat kerjasama dan bantuan yang baik daripada ibu bapa dan institusi pendidikan yang berdekatan untuk Kelab Robotik SRiM melangkah lebih jauh dalam memberi manfaat kepada semua.
Pada 12 Jun 2021, adik Wafiy Bin Ammar telah dipilih untuk menjadi tenaga pengajar bagi ahli kelab Robotik dalam Asas Pengaturcaraan Scratch. Semua ahli kelab seramai 30 orang telah hadir didalam kelas atas talian ini. Banyak ilmu baru yang dikongsikan oleh adik Ammar kepada kawan-kawan selama 1 jam 30 minit.
Pada 21 Julai 2021, Kelab Robotik dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UTeM telah mengadakan kelas Introduction to Lego EV3 Mindstorms kepada ahli kelab robotik dan semua murid SRiM. Dr. Mohd Khairi Bin Mohamed Nor telah berkonsi bagaimana untuk memprogram robot yang telah dibina supaya dapat menjalankan beberapa fungsi yang ditetapkan menggunakan EV3 Mindstorm. Murid-murid dapat mengetahui bagaimana untuk set kod menggunakan sensor sentuh, sensor warna dan motor. Kelas berjalan selama 1 jam 30 minit, banyak perkara asas yang dikongsikan supaya murid-murid berminat untuk mencuba dan menyertai pertandingan robotik. Terima kasih kepada Dr. Khairi diatas perkongsian yang diberikan. Dr. Khairi juga adalah ahli PIBG SRiM.
Sebelum 2021 malabuhkan tirainya, aktivti terakhir Kelab Robotik SRiM ialah membuat persiapan untuk menyertai pertandingan yang telah setahu tertunda. Akhirnya pada 6 Disember kami telah membina semua pasukan dan meneruskan penyertaan.
S.M.A.R.T mengambil bahagian di dalam Pertandingan Creative SDG Project, Robocon Malaysia Jr 2021. Memilih tema Under Life Water, sebagai fokus kajian, satu prototaip telah dibina untuk membantu manusia membersihkan sampah sarap di air yang dinamakan sebagai D'Musleh Collector.
Pasukan ini diwakili oleh adik Wafiy Bin Ammar, tahun 6 Al Buruj, adik Amir Irfan, tahun 6 Al Fajr. Guru pembimbing ialah muallimah Shazlinah dan muallimah Norhayati.
Pertandingan telah berlangsung secra atas talian. Kami dikehendaki membentangkan hasil kajian dan rekabentuk serta fungsi prototaip yang telah dibina di hadapan panel yang terdiri daripada pensyarah Universiti Islam Antarabangasa Malayasia.
Menggunakan Lego SPiKE _Prime sebagai model prototaip.
Menggunakan Force sensor, conveyor dan microcontroller (Hub)