VISI
Menjadi Angkatan Pertahanan Awam Yang Kompeten Dalam Kesiapsiagaan Awam, Perlindungan Rakyat dan Pengurusan Bencana.
MISI
Memperkasa Kesiapsiagaan Awam Untuk Keselamatan Dan Kesejahteraan Negara.
MOTO
“SEDIA PANTAS BERINTEGRITI”
Memberi kemahiran-kemahiran pertolongan cemas, melawan kebakaran dan menyelamat yang boleh digunakan oleh pelajar pada bila-bila masa.
Memberi perkhidmatan sukarela kepada sesiapa yang memerlukan baik di sekolah atau luar sekolah tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman.
Menanam semangat kerjasama, bertanggungjawab, berperikemanusiaan, taatsetia, cintakan sekolah dan negara.
Memupuk semangat hormat-menghormati, kekitaan, pengorbanan dan kejujuran antara satu sama lain.
Mencungkil dan memupuk semangat (nilai dan etika) kepimpinan di kalangan pelajar.