KARNIVAL OGHOK MELEWAR 2022
Debaran kian menanti menjelang KARNIVAL OGHOK MELEWAR yang dianjurkan oleh Pusat Rujukan Peradaban dan Penyelidikan Adat Perpatih Sedunia (Pradakaps) & Jabatan Pengajian Melayu pada selasa, 8 November 2022 ini di IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan
Karnival ini akan bermula pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Pelbagai acara dan pertandingan yang amat menarik telah disediakan untuk semua warga IPGKRM menambah pengetahuan tentang Adat Perpatih dan aktiviti-aktiviti tradisional.
Oghok melewar ini akan memaparkan pelbagai acara dan pertandingan seperti:
Demonstrasi masakan Negeri Sembilan
Pameran dan pertandingan masakan Negeri Sembilan
Pertandingan tiktok kreatif
Pertandingan zikir dikir teromba Adat Perpatih
Permainan hoki terbang
Permainan tradisional
Demonstrasi aksesori busana Negeri Sembilan
Pameran Destar
Sambutan Dekad Bulan Bahasa Kebangsaan
Pameran lukisan dan persembahan muzik tradisional
Minggu keusahawanan pelajar
Untuk pertandingan dalam Balai Kerapatan:
Zikir dikir teromba Adat Perpatih akan bermula pada jam 8.30 pagi manakala hoki terbang pula akan bermula pada jam 9.30 pagi (mengikut kepada pindaan)
Pertandingan tapak tercantik mengikut kategori akan disediakan. Seterusnya, hadiah yang MENARIK akan disediakan kepada peserta yang berjaya dalam pertandingan yang dinyatakan seperti di atas. JADI, jangan lepaskan peluang ini !
Semua warga IPGKRM dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan KARNIVAL OGHOK MELEWAR 2022 pada 8 November 2022 nanti.