Semua guru dan kakitangan wajib mengisi borang ini untuk memohon cuti rehat khas (CRK).jika tidak permohonan cuti tidak akan diluluskan.
Syarat kelulusan cuti CRK
1.Sebab cuti seperti digariskan oleh pihak jabatan iaitu:-
- Menziarahi ahli keluarga terdekat sakit tenat atau meninggal dunia.
- Dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir atau bencana alam atau sebagainya.
- Menghantar atau mengiringi ahli keluarga sendiriĀ mendapatkan rawatan.
- Menghadiri majlis konvokesyen diri sendiri atau ahli keluarga terdekat.
- Mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi.
- Perkahwinan diri sendiri atau anak.
2.kelulusan adalah di bawah budi bicara ketua guru
3.cuti tidak akan diluluskan jika bilangan guru melebihi 2 orang yang bercuti pada hari yang sama.
4.cuti tidak boleh di ambil berturut-turut (kecuali dengan budi bicara pentadbir)
5.jika cuti tersebut diambil hari jumaat,hari isnin depannya tidak boleh diambil )kecuali dengan budi bicara pentadbir)
6.tidak boleh mengambil kesempatan atas peruntukan cuti yang diberikan.
7.crk bukanlah cuti tahunan yang perlu dihabiskan
8.hendaklah dipohon tiga hari sebelum bercuti.
9.jika tujuan kecemasan, hendaklah diisi serta merta.
10.gunakan crk dengan berhemah