PENGENALAN
JELAJAH SEKOLAH ANGKAT WIRA LESTARI (JESAWIL) 2023 merupakan inisiatif yang diambil untuk mendidik komuniti khususnya institusi pendidikan sekolah rendah untuk melakukan pengasingan sisa buangan yang boleh menjana pendapatan .
Program ini melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah yang berumur antara 9 - 12 tahun (Tahap 1 & 2) dalam isu-isu penting berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Projek ini akan melibatkan anak-anak muda menganalisis data, bekerja secara berkumpulan, dan bekerja untuk menjana penyelesaian bagi isu-isu dunia sebenar (real-world issues), yang mempunyai kepentingan di peringkat tempatan dan global.
OBJEKTIF
Memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang kepentingan menjaga dan memulihara alam sekitar secara amnya; dan kepentingan pengasingan sisa pepejal dan kitar semula secara khususnya.
Mendidik warga sekolah tentang amalan mengitar semula sisa plastik melalui pembuatan Eco-brick.
Memberi kesedaran kepada warga sekolah tentang penjanaan pendapatan dari bahan buangan terkumpul melalui penghasilan sabun dari minyak masak sawit terpakai.
AKTIVITI & KATEGORI PERTANDINGAN