Ingin cipta kenangan bermakna bersama rakan sekerja, pelajar, atau ahli persatuan anda? Inilah masanya! JCM Team Building membawa anda keluar dari rutin harian untuk menikmati pengalaman memanah tradisional yang menyeronokkan, penuh cabaran, dan bermanfaat untuk fizikal serta mental.
Pakej aktiviti Jom Cuba Memanah ini direka khas untuk komuniti seperti syarikat, sekolah, kolej, universiti, persatuan, kelab, NGO, Badan Beruniform atau kumpulan kecil yang melebihi 15 penyertaan.
Aktiviti ini boleh dijalankan berkonsepkan hari sukan, team building, motivasi atau sesi santai — semua untuk mencapai matlamat kumpulan anda dengan cara yang seronok dan bermakna.