Pengumuman Keputusan / Pemenang
Kategori F: Memperkasa Inovasi Dan Transformasi Industri:- Rekabentuk Asas untuk percetakan 3D
Sinopsis Program :
Percetakan 3D menjadi salah satu cara termudah untuk mencipta objek anda sendiri di rumah. Ia menjadi semakin popular setiap hari dan keupayaan untuk mencipta objek sendiri daripada bergantung pada mencari objek yang dicipta oleh orang lain akan menjadi kemahiran yang lebih penting pada masa hadapan.
Dalam kursus ini, peserta akan belajar menggunakan perisian TinkerCAD. Perisian ini sesuai untuk mempelajari asas pemodelan 3D. Perisian ini membolehkan anda mencipta model 3D yang kemudiannya boleh dihantar ke pencetak 3D untuk dicetak. Ia agak mudah untuk digunakan, membolehkan anda mencipta pelbagai objek dan yang paling menarik, perisian ini adalah PERCUMA sepenuhnya!.