Pengumuman Keputusan / Pemenang
Kategori C: Keusahawanan Digital (Rekabentuk Grafik berbantukan kepintaran Buatan)
Sinopsis Program :
Kursus ini unik kerana ia memenuhi keperluan pelajar yang mungkin sudah biasa dengan rekabentuk mahupun pelajar yang tiada asas dalam rekabentuk. Kursus ini akan menyentuh teknik dan strategi lanjutan yang akan membawa kemahiran rekabentuk peserta ke peringkat seterusnya dan membantu pelajar membuat perancangan yang disukai berkaitan dengan keusahawanan.
Kursus kami merangkumi pelbagai topik termasuk:
Mencipta reka bentuk profesional dan menarik secara visual yang akan menarik pelanggan
Menggunakan ciri-ciri platform percuma Canva yang mudah untuk diakses untuk mereka bentuk pelbagai elemen grafik
Menggunakan platform teknologi terkini kepintaran buatan atau dipanggil sebagai artificial intelligence yang menjadi fenomena di hampir semua kategori industri.
Mengenalpasti kaedah yang sesuai dalam menghasilkan kata kunci, prompt dan imej janaan kepintaran buatan yang sesuai untuk diterapkan dengan rekabentuk grafik terkini
Mengenalpasti kaedah untuk mencari dan menarik bakal pelanggan dan pelanggan melalui saluran pengiklanan digital secara kreatif.
Diakhir kursus ini, peserta akan mempunyai pemahaman yang komprehensif tentang cara memanfaatkan kemahiran rekabentuk grafik dalam keusahawan digital menggunakan Canva dan juga pelbagai platform lain yang mudah diakses, di samping mempunyai pengetahuan praktikal dan proses-proses yang boleh digunakan untuk membawa perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi.