Pengumuman Keputusan / Pemenang
Kategori A : Sains Dan Teknologi Maklumat (Asas Robotik)
Sinopsis Program :
Generasi muda pada zaman ini mempunyai akses kepada pelbagai jenis maklumat berkenaan teknologi komputer dan internet terutama dalam bidang robotik. Kursus asas robotik akan mendorong peserta program menghayati konsep STEM dalam persekitaran hands-on. Mereka belajar cara merancang dan membuat robot mereka sendiri dengan kreatif dan inovatif. Robotik menawarkan pengajaran untuk kanak-kanak dan remaja cara berfikir di luar kotak. Daripada kursus ini, mereka boleh mempelajari asas robotik untuk mencambah minat pada masa hadapan terhadap pembelajaran di IPTA/ILKA dalam bidang teknologi dan kejuruteraan.