Khidmat bantu ini akan memastikan guru dan sekolah dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih efektif, sekaligus memacu kecemerlangan pendidikan khasnya merealisasikan Dasar Pendidikan Digital.
Meningkatkan Kualiti Pendidikan:
Guru lebih bersedia dan berkeyakinan menjalankan tugas serta berkeyakinan mengaplikasikan teknologi pendidikan digitaln dalam PdPC
Mengurangkan Beban Guru:
Kemahiran teknologi digital akan membantu menyelesaikan isu teknikal, kurikulum, atau cabaran pembelajaran digital.
Meningkatkan Motivasi dan Kepuasan Kerja Guru:
Guru merasa dihargai apabila mendapat bantuan profesional. Ini meningkatkan semangat dan motivasi mereka melaksanakan tugas dalam menghadapi IR4.0
Menyediakan Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif:
Dengan bimbingan dan bantuan teknologi digital, sekolah dapat mencipta persekitaran yang menyokong pembelajaran aktif.
Menggalakkan Pembangunan Profesional Berterusan:
Membantu guru kekal berdaya saing melalui latihan, bengkel, dan pendedahan kepada kemahiran dan teknik terkini.
Meningkatkan Keberhasilan Murid:
Guru yang lebih bersedia akan lebih efektif dalam membimbing pelajar, menghasilkan pencapaian akademik yang lebih baik.