Guru Peneraju Generasi Digital (GPGD) berperanan untuk membantu Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah melalui khidmat kepakaran pengintegrasian teknologi Google/ Microsoft/ Apple melalui pelantar DELIMa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, mereka juga menjadi pakar rujuk dan peneraju utama dalam menggerakan aktiviti dan program Pendidikan Apple/ Google/ Microsoft untuk DELIMa.