Laman ini menyenaraikan hotel, homestay dan penginapan menarik seluruh Malaysia
Laman ini mengumpul dan menyenaraikan penginapan seperti hotel, resort dan homestay menarik seluruh Malaysia. Pelbagai penginapan popular di Malaysia namun yang menjadi pilihan ramai adalah yang harga murah. Walaupun murah, namun penginapan ini tetap mempunyai perkhidmatan, keistimewaan dan daya tarikan tersendiri. Sila klik pautan yang disediakan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sesebuah hotel dan penginapan menarik yang tersenarai.
Melaka merupakan antara negeri yang paling popular dan terkenal dalam industri pelancongan di Malaysia. Selain pelancong luar negara, pelancong tempatan ramai memilih Melaka keraaa terdapat banyak tarikan di sini dan hotelnyapun murah dan berpatutan.
Langkawi juga antara hotspot popular percutian domestik rakyat Malaysia. Banyak hotel, resort dan homestay menarik di Kedah terletak di Langkawi. Selain merehatkan minda, ramai yang ke Langkawi untuk shopping!
Makan. Antara sebab utama ramai yang memilih Penang sebagai destinasi melancong dalam Malaysia. Nasi Kandar satu kewajiban sekiranya ke sini. Banyak juga penginapan hotel menarik di Penang terutama di tepi pantai!
Destinasi percutian ala oversea kerana cuaca yang sejuk di Cameron Highlands. Terdapat pelbagai hotel menarik di sini. Ramai memilih Cameron Highlands untuk bercuti terutamanya di musim cuti sekolah.
Banyak villa peribadi menarik seluruh Malaysia sesuai untuk percutian seisi keluarga.
Terdapat beratus malah beribu hotel menarik di Malaysia. Sekiranya anda mahukan senarai yang lebih lebih banyak, klik butang di bawah.