HARI INOVASI
KOLEJ MATRIKULASI JOHOR TAHUN 2023
(25 & 26 OKTOBER 2023)
ANJURAN BERSAMA :

JAWATANKUASA KIK & INOVASI
JAWATANKUASA  DIGITAL  LEARNING  KMJ

E PROSIDING HiKMJ 2023 :
KLIK DI SINI

Pautan Buku Program HiKMJ 2023 :
https://anyflip.com/qgobq/xuna/

Pautan Buku Program Kategori A  :

https://anyflip.com/ozmaj/yqxp/

https://anyflip.com/qgobq/kger/


Pautan Buku Program Kategori B :

https://anyflip.com/ozmaj/iwzf/ 

Pautan Youtube Upacara Penutupan HiKMJ 2023

https://www.youtube.com/watch?v=jmS0NweNcq8 

kik countdown 23 okt 23.mp4

PAUTAN  BORANG PENDAFTARAN HiKMJ 2023  :

https://forms.gle/GmxZSoW1FhGfRDSY9 

Pengenalan

Fokus Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 adalah peningkatan taraf kualiti sistem pendidikan agar selaras dengan sistem pendidikan terbaik di negara maju. Dalam PPPM menekankan setiap pendidik perlu berinovatif dalam memperbaiki kualiti amalan pengajaran dan pembelajaran masing-masing. Pada alaf ini, pengajaran dan pembelajaran Abad Ke 21 menerapkan kemahiran oleh pendidik dalam konsep 6C. 6C merupakan aspek pemikiran kritis, pemikiran kreatif, kolaborasi, komunikasi, pembentukan watak dan kenegaraan. Apsek pemikiran kreatif menggunakan kecekapan minda menghasilkan idea yang baru, asli, luar biasa, pelbagai dan bernilai.  Pendidik dapat menggarap elemen KBAT dan PAK21 yang berfokus kepada amalan berimpak tinggi untuk pengetahuan pelajar mengenai aktiviti semasa sekolah, menyediakan aktiviti secara komprehensif dan fleksibel mengikut kesesuaian pelajar dan lokasi dan pelajar sendiri boleh mengorganisasikan pengajaran dan pembelajaran (perancangan bahan, aktiviti mengendalikan pembelajaran selaku fasilitator).

 

Dalam PAK 21, para pelajar perlu menghasilkan produk melalui pembelajaran berpusatkan pelajar dengan bimbingan pendidik. Pembelajaran berasaskan projek inovasi dapat mencabar keupayaan pelajar berfikir dan bertindak.  Semasa proses inovasi, komen – komen praktikal yang membina digunakan untuk menambahbaik produk tersebut. Para pelajar memberikan penerangan dan hujah mengapa inovasinya dan ideanya adalah baik.  Ahli–ahli pasukan yang lain akan melontarkan idea-idea mereka pula. Dengan ini, pelajar mampu menjana idea dari rakan–rakan yang lain. Ini berkesan dalam memupuk pelajar-pelajar yang berani mengemukakan idea tanpa bimbang kritikan yang bakal diterima, dan berpandangan jauh. Ini secara tidak langsung, mewujudkan suasana ingin tahu dan ingin mengkaji secara lanjut, berganding bersama untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan yang tidak terhad dan lebih menumpu kepada refleksi diri dengan persekitaran sebenar, luar daripada jangkauan silabus sesuatu mata pelajaran.

 

Rasional

Penganjuran Hari Inovasi KMJ 2023 ini sejajar dengan inisiatif penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Ia dilihat mampu menyediakan ruang dan peluang untuk pensyarah dan pelajar Kolej Matrikulasi (KM) serta warga pendidik umumnya untuk terus membugarkan minat serta kemahiran dalam menghasilkan pelbagai inovasi baharu dan terkini yang boleh disebar luaskan supaya memberi impak dan manfaat secara langsung kepada pendidikan negara.  Warga KM dan sekolah juga boleh berkongsi kepakaran, pengalaman dan dapat mengenengahkan kompetensi secara maya dalam menguasai ilmu pedagogi dan metodologi teradun seiringan dengan cabaran VUCA (Volatility, Uncertainty, Complexity, Ambiguity) dan IR 4.0 masa kini.


Objektif 

1.  Memperkasakan budaya inovasi dan penyelidikan dalam kalangan warga kolej Matrikulasi.

 

2. Memberikan pengiktirafan dan penghargaan secara formal kepada warga pendidik yang berjaya menghasilkan inovasi berkualiti dan berimpak.

 

3. Menyediakan satu platform yang sesuai untuk pensyarah KM berkongsi kepakaran dan pengalaman bersama-sama rakan dari institusi pendidikan lain dalam meningkatkan dan memperkembangkan kualiti inovasi.

 

4  Mengeratkan kerjasama antara pelajar dan pensyarah untuk bersama-sama mencapai kejayaan yang cemerlang.



Bilangan Pelawat :