Student Union
#weareone
#weareone
Unit HEP
MEKEM
Merupakan Parlimen Mahsiswa yang membincangkan usul- usul berkaitan penambahbaikan/ pembubaran dasar dan juga berkaitan kebajikan mahasiswa di dalam dan juga di luar kampus.
UPPM
Unit Penyelidikan dan Penerbitan Mahasiswa (UPPM) merupakan sebuah unit yang ditubuhkan bagi memastikan fasa ke-7 iaitu membudayakan penyelidikan dan penulisan melalui bengkel, latihan, seminar, konferen dan forum serta mengukuhkan kerja audit dapat dijalankan dengan berkesan sekaligus mencapai dan menjayakan fasa ke-7 Urustadbir Mahasiswa UiTM Terengganu. Objektif unit adalah memastikan sekurang-kurangnya dua penyelidikan dijalankan dalam setahun serta memastikan sekurang-kurangnya 10 penulisan kreatif di dalam satu penerbitan diterbitkan setiap tahun.
UNIQ
Unit Kualiti Mahasiswa ditubuhkan bagi membantu HEP dalam melakukan semakan atau lebih dikenali sebagai auditing berkaitan kertas kerja program serta berkaitan kewangan sesebuah kelab tersebut. Unit Kualiti Mahasiswa juga membantu para pelajar dalam mengawasi keadaan kafe yang ada disekitar Uitm Cawangan Terengganu.
CAMPUS BUDDIES
1.Membantu MPP dan Polis Bantuan UiTM dalam menjaga keselamatan dan keharmonian kampus.
Objektif lain:
1.Menggalakkan pelajar UiTM sentiasa menjaga adab, tingkah laku, sahsiah rupa diri dan sebagainya ketika berada didalam kampus.
2.Mewujudkan sifat saling membantu organisasi-organisasi di dalam kampus.
3.Sebagai platform alternatif yang membantu Polis Bantuan UiTM menyampaikan segala maklumat yang boleh menjejaskan keselamatan dan keharmonian kampus.
4.Sebagai platform yang interaktif untuk mencapai keharmonian dengan menjalinkan hubungan yang baik Bersama organisasi-organisasi di dalam kampus.
5.Sebagai sebuah saluran yang mampu mengurangkan masalah sosial melalui aspek-aspek disiplin, sahsiah rupa diri dan sebagainya mengikut arahan Badan Penasihat Campus Buddies.
BGM
Objektif penubuhan unit badan guaman mahasiswa adalah wakil peguam untuk menjadi suara, untuk pelajar kena tuduh diberi peluang bersuara suara hati mereka dengan menggunakan saluran yang betul iaitu khidmat guaman dari wakil peguam.
UKKM
Melahirkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa dan menjadi pemimpin dalam aktiviti yang melibatkan kesukarelawanan.
IPM
IPM merupakan satu unit institusi kepimpinan bagi para mahasiswa untuk melatih diri dan orang lain bagi menjadi seseorang yang lebih berwawasan, malah apa sahaja yang dipelajari ketika berada di dalam IPM boleh diterapkan semasa bekerja nanti. IPM juga mengamalkan konsep "Train of Trainer". Selain itu, setiap ahli dapat mencetus daya keyakinan yang tinggi, dapat menguasai pelbagai aspek kepimpinan, berpeluang melatih diri dalam menguruskan sesuatu majlis, dilatih menjadi pemimpin yang berkaliber dan lain lain lagi.
TKM
Tribunal Kepimpinan Mahasiswa (TKM) bertanggungjawab sebagai badan judisiari di dalam kerajaan mahasiswa di UiTM Cawangan Terengganu. TKM adalah sebuah badan kepimpinan yang dianggotai oleh sekumpulan mahasiswa terlatih berperanan untuk mengadili dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh mahasiswa melalui perbicaraan tribunal.
Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK)
JPK PERHENTIAN
Sebuah persatuan yang dikhaskan untuk membantu dan bekerjasama dengan staf residen kolej (SRK) untuk menjaga kebajikan para residen kolej perhentian di samping mewujudkan suasana yang aman dan harmoni di dalam kawasan kolej.
JPNR
Pengenalan: UPKNR merupakan unit di Bahagian HEP yang membantu mengurus hal hal penyediaan kemudahan rumah sewa di sekitar Dungun disamping membantu menguruskan kebajikan pelajar.
TENGGOL
Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tenggol terdiri daripada penghuni kolej berkenaan. Objektif penubuhan JPK adalah untuk menjaga kebajikan dan memudahkan residen kolej tenggol sekiranya terdapat sebarang masalah
REDANG
1. Berusaha memberi komitmen sepenuhnya dalam menjaga kebajikan penghuni kolej kediaman dari sudut fizikal dan spiritual.
2. Memastikan informasi yang disampaikan kepada penghuni kolej kediaman adalah tepat.
3. Menerapkan nilai-nilai positif dalam diri penghuni kolej kediaman.
DUYUNG KAPAS
OBJEKTIF
1.Menggalakkan pelajar mengikuti program yang dianjurkan untuk memastikan pembangunan sahsiah dan kemahiran generik (softskill) mereka.
2.Mengimbangi antara pengisian rohani, kecemerlangan akademik, dan kemahiran insaniah dalam kalangan residen kolej.
3.Membudayakan penyelidikan dan khidmat masyarakat dalam kalangan residen kolej bagi menambah kemahiran generik para residen.
4.Menyediakan penempatan, kemudahan dan persekitaran yang kondusif kepada pelajar yang memenuhi syarat-syarat penempatan kolej.
5.Melatih barisan kepimpinan JPK Duyung & Kapas dengan kepelbagaian ilmu kepimpinan bertujuan melahirkan Mahasiswa berkepimpinan.
GEMIA
Menjaga kebajikan dan memudahkan residen kolej sekiranya terdapat sebarang masalah.
Syura Kokurikulum
KOMANDER
MPK adalah kelab yg dianggotai sepenuhnya oleh Komander UiTM . Ahlinya terdiri drpd semua komander yg masih dalam Kokurikulum dan komander yg telah tamat kokurikulumnya . Misi MPK adalah merangka dan melaksanakan program latihan ke arah pembentukkan komander secara pembangunan bersepadu serta menerapkan semangat patriotisma yang tulen.
BRASSBAND
Kelab Brassband merupakan kelab yang mengasah kemahiran dan bakat ahli-ahli kelab melalui pelbagai aspek. Mempelajari instrumen-instrumen muzik dapat mewujudkan nilai profesionalisma menerusi kaedah latihan dan program yang dijalankan oleh Kelab Brassband. Selain itu juga, latihan kelab ini dapat mengajar anda untuk melatih fizikal dan mental ketika mempelajari sesuatu sekaligus menjadi pemangkin untuk ahli kelab bagi menerapkan keyakinan diri, kreativiti & kerjasama berpasukan.
KOR SISPA
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
L'INVESTISSEUR
L'investisseur ialah kelab fakulti yang ditubuhkan pada 2005.Tujuan kelab L'INVESTISSEUR ialah memberi pendedahan dan mengaplikasikan kemahiran kepimpinan dalam diri mahasiswa diploma analisis pelaburan.
Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP)
HAC
Kelab Hiking & Adventure ditubuhkan bagi membentuk sebuah kelompok mahasiswa yang mempunyai pengetahuan, semangat dan kecintaan terhadap aktiviti luar serta alam sekitar. Misi kelab ini adalah untuk mengeratkan hubungan persaudaraan antara ahli ahli kelab, menambahkan perasaan cinta terhadap alam sekitar serta meningkatkan semangat nasionalisme dan menggali potensi alam sebagai bumi perkhemahan tanpa mengeksploitasinya. Objektif penubuhan kelab Hiking & Adventure adalah untuk mencetuskan pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah yang bakal dihadapi oleh warga kelab disamping menerapkan kemahiran kerja secara berpasukan serta melahirkan pendaki-pendaki yang berpengalaman serta berilmu untuk membimbing pelapis-pelapis yang akan datang.
BADMINTON
1-Melahirkan lebih ramai atlet dalam sukan badminton yang dapat menaikkan nama UiTM Dungun.
2- Memupuk semangat kesukanan dan kerjasama dalam kalangan para pelajar Uitm Dungun.
3- Mencungkil dan mengasah bakat pelajar dalam sukan badminton.
4- Melahirkan pelajar yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.
HOKI
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
PSU
Objektif Kelab Pencak Silat UiTM Terengganu ialah memberi pendedahan tentang Kelab Pencak Silat UiTM Terengganu kepada mahasiswa dan mahasiswi baharu. Merapatkan silaturahim antara ahli kelab dengan perlajar-pelajar lain dan memberi peluang kepada pelajar untuk mendaftar menjadi ahli kelab jika berminat. Seterusnya, Memimpin ahli-ahli dengan menanamkan semangat waja ke arah satu masyarakat yang sihat, bersatu, bermuafakat dan berbudi luhur. Akhir sekali, objektif kelab kami adalah untuk memelihara dan mempertahankan silat sebagai salah satu seni budaya bangsa Malaysia.
JSP
Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP) atau JSRM adalah kelab yang membantu pihak Unit Sukan untuk menjalankan atau menjayakan aktiviti sukan yang berada didalam kampus, Selain itu, kami juga merancang program sukan untuk semua pelajar aktif dalam sukan juga bukan sekadar akademik
BASKETBALL
Mencari pelapis atlet dan ahli baru yang boleh menyumbang kepada organisasi kelab dan aktiviti kelab
VULTURES RUGBY
Dengan mengenal pasti bakat seawal semester 1 untuk mencari bakat baru yang ada dikalangan pelajar. Bagi ahli ragbi yang baru dapat memupuk minat dalam kepimpinan dan kerjasama antara satu sama lain. Menjadikan mereka pemain elit untuk UiTM Terengganu, Karisma dan kejohanan-kejohanan lain. Menyediakan kemudahan latihan, peralatan sukan, mendapatkan tajaan luar dan elaun yang bersesuaian. Menyediakan kursus kejurulatihan, pengadilan dan kursus kecerdasan untuk pelajar yang berminat dalam karier ini. Selain itu juga penubuhan kelab ini jugak didapat melahirkan generasi baru dalam pembangunan sukan ragbi yang mana bukan setakat melahirkan permain baru tapi melahirkan generasi kepimpinan pembangunan sukan ragbi secara menyeluruh.
TUFT
Menubuhkan sukan baru di UiTM Terengganu dan memajukan sukan UiTM
PSSCM
Memimpin dan membentuk ahli-ahli PSSCM khususnya dan orang Melayu amnya supaya beriman dan bersatu untuk mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara.
PSSCPUH
Memupuk kesedaran tentang kepentingan seni bela diri serta keyakinan diri pelajar. Selain itu, meningkatkan kesedaran dalam menjaga adat dan budaya orang Melayu terdahulu.
EXREC
EXREC bermaksud Expedition and Recreation Club di UiTM Cawangan Terengganu kampus Dungun yang bertujuan menganjurkan dan menyertai aktiviti rekreasi termasuk segala jenis sukan lasak dalam kalangan mahasiswa di UiTM. Hal ini juga bagi menarik minat mahasiswa untuk menyertai aktiviti rekreasi yg dianjurkan dan mengamalkan gaya hidup sihat mahasiswa dengan aktiviti sukan. Kelab ini juga melahirkan atlet-atlet dalam sukan lasak seperti atlet basikal, atlet kayak, atlet orienteering, trail running dan pelbagai lagi.
KELAB BOLA BALING
1. Untuk pemberitahuan kepada mahasiswa bahawa sukan Bola Baling merupakan salah satu sukan yang boleh diceburi kerana sukan bola baling merupakan sukan yang menyeronokkan.
2. Untuk menarik minat mahasiswa untk mencuba serta meningkatkn semangat kesukanan dikalangan individu dan mampu mengasah bakat mereka dengan melibatkan diri dalam sukan permainan bola baling.
3. Menyeru mahasiswa untuk sentiasa beriadah dan bergerak aktif dalam sukan & permainan terutamanya dalam sukan Bola Baling kerana kelab Bola Baling menganjurkan beberapa perlawanan dan latihan yang konsisten.
KELAB FAKULTI
EESA
Electrical Engineering Students Association atau singkatannya ialah EESA adalah kelab fakulti yang ditubuhkan pada 2011. Ia bertujuan untuk memudahkan pelajar kejuruteraan elektrik dalam menjaga kebajikan pelajar berkaitan akademik dan juga hal ehwal pelajar. Objektif penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar kejuruteraan elektrik yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah mengenai keyakinan diri dan memperlihatkan ciri-ciri asas kepimpinan
FACCSYS
1. MEMBERI INSPIRASI KEPADA PELAJAR PERAKAUNAN UNTUK MENGEMBANGKAN ILMU PERAKAUNAN MEREKA'
2. MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKEPIMPINAN DAN BEKERJASAMA SESAMA AHLI FAKULTI PERAKAUNAN
3.MELUASKAN SKOP PELAJAR PERAKAUNAN KEPADA PELBAGAI SKOP SEPERTI PENGURUSAN, KEMAHIRAN BERUCAP DAN PELBAGAI LAGI
4. MENYANJUNG NAMA DAN KELAB FAKULTI PERAKAUNAN KE PERSADA ANTARABANGSA
OMSA
Office management student association(OMSA) adalah satu kelab yang menyatukan semua pensyarah dan pelajar office management. Ianya telah diwujudkan seiring dengan bermulanya kursus diploma pengurusan teknologi dan pejabat(BA118) di UiTM Dugun. OMSA juga menjadi medium bagi pelajar untuk mendapatkan maklumat mengenai semua aspek.
L'INVESTISSEUR
L'investisseur ialah kelab fakulti yang ditubuhkan pada 2005.Tujuan kelab L'INVESTISSEUR ialah memberi pendedahan dan mengaplikasikan kemahiran kepimpinan dalam diri mahasiswa diploma analisis pelaburan.
FISA
1. Menjaga kebajikan mahasiswa/i bagi program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Kewangan, UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Dungun dari segi aspek akademik, sahsiah diri mahupun kokurikulum.
2. Menjadi pengantara untuk ahli FiSA dalam sebarang urusan berkaitan dengan pihak pentadbiran Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu Kampus Dungun.
3. Menganjurkan pelbagai program yang mampu memberi nilai tambah kepada mahasiswa/i terutamanya dalam membentuk modal insan yang cemerlang
OPEMS
Operation Management Society (OPEMS) adalah kelab fakulti dari fakulti pentadbiran perniagaan (FPP) kursus Pengurusan Operasi yang terdiri daripada pelajar ijazah sarjana muda. Objektif penubuhan Operation Management Society (OPEMS) adalah menjaga kebajikan mahasiswa dan mahasiswi fakutli dari semua aspek sama ada akademik mahupun kokurikulum
OMSA
Kelab D’Hoteliers merupakan kelab tunjang yang bernaung dibawah Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP). Objektif utama kelab ini ditubuhkan ialah untuk merapatkan silaturrahim dengan mengadakan program-program yang dapat merapatkan jurang di antara pelajar dan pensyarah FPHP dan dalam masa yang sama juga dapat menjaga kebajikan mahasiswa dan mahasiswi FPHP. Selain itu , kelab D’Hoteliers juga dapat mendidik para pelajar FPHP ke arah meningkatkan 7 kemahiran insaniah
PMM
Melahirkan Mahasiswa Yang Mempunyai Jati Diri Yang Mantap Dari Aspek Fizikal dan Rohani
Kelab Tunjang
VCSP
i) Menerapkan nilai 5+1 pillar attributes yang membawa perubahan kepada mahasiswa UiTM Terengganu.
ii) Menjadikan kalangan pemimpin-pemimpin mahasiswa di UiTM Terengganu sebagai sasaran utama program dan seterusnya kepada siswa siswi lain.
iii) Berusaha agar segala ilmu yang diperoleh dapat disebarkan dan mencapai sasaran amanat Dato’ Vice Chancellor.
PKA
Melahirkan graduan yang berdaya saing, global dan beretika. Membantu pelajar meningkatkan Kecemerlangan Akademik dismping memupuk nilai-nilai murni bagi pembentukan jati diri dan pemantapan rohani
SKATER
Kelab SKATER stand for Student Knowledge and Technology Resources. Kelab ini ditubuhkan untuk dijadikan sebagai student apprentice iaitu menjadi rujukan kepada mahasiswa dan mahasiswi berkaitan dengan sebarang maklumat and pengetahuan. Objektif lain termasuklah untuk menyediakan mahasiswa yang berilmu pengetahuan bukan sahaja dalam bidang masing-masing tetapi juga luar.
RADIO KAMPUS MYUFM
MyUFM ditubuhkan pada 2005 sebagai RKUT dan ditukar nama kepada MYUFM pada 2011 sempena nama UFM, Shah Alam. MYUFM merupakan satu-satunya Radio Kampus pertama di Pantai Timur . Dulu, kelab radio ini ke udara dibawah frequency radio 95.5 tetapi disebabkan masalah-masalah tertentu frequency tersebut terpaksa ditutupkan untuk myufm dan kami befungsi seperti Online Radio. Radio kami beroperasi selama 24 jam tanpa henti dan krew kami akan on air selama 5 hari 4 malam berdasarkan jadual2 yang telah ditetapkan lah. Myufm juga ada membuat English Day iaitu pada hari rabu. Semua krew yang on air pada hari itu akan ke udara dengan menggunakan bahasa English. Kelab kami menyediakan sijil khas kepada krew-krew Sijil ini akan kami berikan kepada krew pada hari graduasi dan hanya ahli kelab myufm yang diiktiraf sahaja yang akan dapat sijil ini. Sijil ini berfungsi bagi peluang pekerjaan terutamanya bagi bidang pengacaraan radio di luar seperti radio HotFm, TerengganuFM, EraFm dan lain2.
PEERS
1. MEMBENTUK AHLI PEERS YANG BERETIKA DAN BERDEDIKASI DALAM SETIAP PROGRAM DAN BIDANG YANG DICEBURI.
2. MENCORAKKAN AHLI PEERS YANG BERILMU TINGGI DAN BERFIKIRAN TERBUKA.
3. MEMBANTU DAN MELAHIRKAN SIFAT KEPIMPINAN YANG TINGGI UNTUK MEMIMPIN PELAJAR DALAM SEMUA KEADAAN SAMA ADA DALAM BIDANG AKADEMIK MAHUPUN KOKURIKULUM.
KERABAT
1) Memperkenalkan seni dan budaya pelbagai etnik kepada warga UiTM seterusnya masyarakat Malaysia
2) Memelihara dan memulihara seni warisan bangsa supaya dapat menarik minat warga UiTM Terengganu bagi meneruskan tradisi.
3) Menjadi pemangkin dalam membentuk hubungan yang lebih kukuh antara UiTM seluruh Malaysia dan IPT lain.
SRN
Menjadi mekanisme kepada Kerajaan di peringkat IPT dalam memperkaya pengetahuan, pemahaman, penghayatan, penilaian dan pengamalan mahasiswa terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara.
Menjadikan Sekretariat Rukun Negara (SRN) sebagai `platform' berkesan untuk menyemai dan memperkukuhkan semangat patriotisme di kalangan mahasiswa.
Mewujudkan negara bangsa yang mampu bersaing dan berdiri sama tinggi di persada dunia.
Meningkatkan kesedaran khususnya di kalangan mahasiswa untuk mempraktikkan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian ke arah melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersepadu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara.
PIBH
Objektif penubuhan kelab adalah untuk memartabatkan jiwa seorang pelajar supaya berpegang teguh kepada agama islam terutama dalam mahasiswa dan mahasiswi di UiTM ini.
GPMS
-Melahirkan golongan pelajar melayu UiTM yang memenuhi keperluan pembangunan individu serta menjadikan sebuah kelab organisasi berdaya saing yang sihat antara satu sama lain
-Mewujudkan mahasiswa UiTM yang bersungguh dalam mempertahankan agama,bangsa dan negara
-Mengadakan program yang berasaskan pendidikan dalam mengukuhkan pendidikan pelajar melayu
-Mewujudkan pelajar UiTM yang saling berkait antara satu sama lain dan berdaya saing di fasa pendidikan
Kelab Dalaman
ROBOTIK
Kelab ini berfungsi sebagai satu platform untuk pelajar UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun terutamanya pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik untuk menambah ilmu mereka dalam bidang robotik dan teknologi.
FOTOGRAFI
Kelab fotografi ditubuhkan bertujuan untuk meluaskan ilmu fotografi dalam kalangan pelajar serta memberi khidmat fotografi kepada warga UiTM Dungun.
EMERGENCY SQUAD
Emergency Squad(ES) merupakan kelab yg ditubuhkan untuk menyediakan khidmad medical yg boleh dikerah jika dijemput untuk menjadi pemantau ataupun medical standby demi memastikan keselamatan peserta sesuatu program. Ahli-ahli ES yg dikerah telah dilatih dari masa kesemasa demi memastikan kemampuan mereka terjamin.
PROSIS
Program Siswa Sihat (PROSIS) merupakan satu inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memperkasakan siswa/i Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam mengamalkan cara hidup sihat. Program ini telah bermula sebagai projek perintis pada tahun 2011 oleh mantan Timbalan Menteri Kesihatan, YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Persatuan Program Siswa Sihat di UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Kuala Terengganu mula ditubuhkan pada bulan April tahun 2017. Penubuhan Program Siswa Sihat ini amat memberi impak yang besar kepada mahasiswa dan mahasiswi dalam misinya untuk memperkasakan amalan budaya cara hidup sihat pelajar dalam kehidupan seharian.
KKUT
Mewujudkan Kelab Keusahawanan yang produktif melalui aktiviti yang dijalankan bagi melahirkan pelajar yang berlatar belakangkan perniagaan dan bijak mencari peluang dalam dunia luar. Melahirkan graduan yang berdaya saing, berketerampilan, dan bersahsiah terpuji bagi memenuhi keperluan industry semasa. Mendorong mahasiswa di kampus UiTM Terengganu supaya menjadi usahawan yang Berjaya dalam bidang perniagaan. Mewujudkan hubungan persekitaran yang mesra dan ceria antara Majlis Tertinggi dan exco-exco Kelab Keusahawanan dengan para pelajar di kampus UiTM Terengganu bagi mendekatkan mereka dengan aktiviti yang berbentuk perniagaan
RESCOM
Menyelaraskan semua aktiviti mahasiswa yang berbentuk khidmat masyarakat terutama di luar Bandar supaya mendatangkan impak besar kepada mahasiswa dan masyarakat amnya. Menjadikan RESCOM sebuah one - stop centre sebagai tempat rujukan untuk program penyelidikan bagi pembangunan masyarakat luar Bandar. Menjadikan mahasiswa UiTM Terengganu supaya lebih sensitif, prihatin dan cakna terhadap masyarakat sekeliling.
CAKNA ALAM
Kelab Cakna Alam ini merupakan kelab yang mementingkan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar berlandaskan moto kelab ini sendiri iaitu 'Clean, Care and Charity'. Antara objektif penubuhan kelab ini adalah mahasiswa dapat menanam nilai moral yang tinggi di dalam diri mereka serta melahirkan kesedaran bahawa pentingnya menjaga alam sekitar demi kebaikan dan kesejahteraan berpanjangan. Selain itu, kelab ini dapat melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab pada setiap mahasiswa dalam memastikan alam sekitar terpelihara dan dijaga dengan baik.
MYAGROSIS
1) memupuk minat dalam bidang keusahawanan pertanian
2) memberi pendedahan bahawa bidang pertanian sebagai kerjaya pilihan utama
3) membantu meningkatkan nilai-nilai keusahawanan tani dan asas tani
4) melahirkan usahawan yang berdaya saing dan dinamik
DEBAT & PIDATO
1.Membentuk daya pemikiran yang kritis serta mampu menganalisa sesuatu maklumat dengan cepat dan berkesan.
2. Menyediakan latihan yg membantu dalam meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
SUDY
Bertujuan untuk bersama-sama meringankan beban dan tanggungjawab mangsa-mangsa bencana seperti bencana banjir disamping mendalami dan memahami pengalaman dan situasi sukar ketika berlakunya bencana
GEMA
Group Entertaiment of Muslim's Arts atau dikenali sebagi GEMA telah ditubuhkan pada tahun 1975. Objektif kelab GEMA adalah melahirkan penghibur yang berdasarkan hibburan Islam, menjadikan media sosial sebagai medium untuk berdakwah, membantu untuk menaikkan nama UiTM dan bersaing dengan kelab-kelab yang lain.
ENACTUS
Our Objectives are to create a better, more sustainable world, dedicated to create a better world while developing the next generation of entrepreneurial leaders and social innovators. The Enactus network of global business, academic and student leaders are unified by our vision—to create a better, more sustainable world.
EACC
1. UNTUK MENGADAPTASI PESERTA MENGHAYATI NILAI-NILAI BUDAYA KETIMURAN YANG TERDAPAT DI NEGARA JEPUN DAN KOREA SEIRING DENGAN SARANAN BEKAS PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-4, IAITU "DASAR PANDANG KE TIMUR".
2. UNTUK MEMBERI PELUANG KEPADA PARA PELAJAR MEMPELAJARI BAHASA KETIGA YANG JUGA AMAT PENTING DALAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INSANIAH DAN BERKOMUNIKASI DENGAN BERKESAN.
3. UNTUK MENGGALAKKAN DAYA KREATIVITI DAN MENCUNGKIL BAKAT BARU DALAM PELBAGAI BIDANG SERTA MENGEMBANGKAN KE PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI DAN BERTARAF ANTARABANGSA.
4. UNTUK MEMBERI RUANG KEPADA PARA PELAJAR MENYUARAKAN PENDAPAT MASING-MASING MENGENAI HAL-HAL PERSATUAN SEKALIGUS MEMBINA UKHWAH SESAMA AHLI.
5. UNTUK MENYUMBANGKAN NILAI-NILAI YANG BERMANFAAT KEPADA UITM DAN MASYARAKAT.
PLUS TAHFIZ
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
MESCI
Mechanical Engineering Club of Bukit Besi (MECSI) merupakan sebuah kelab tunjang bagi Fakulti Kejuruteraan Mekanikal di UiTM Bukit Besi. Objektif penubuhan Kelab MECSI ini adalah untuk mengumpul data-data mahasiswa/i dalam bidang Kejuruteraaan Mekanikal di UiTM Bukit Besi di samping menjadi penggerak kepada setiap program atau aktiviti kampus yang melibatkan FKM. Kelab MECSI berusaha menjadikan FKM sebagai satu kelab yang memperuntukkan program-program ke arah menjadikan para pelajar berfikiran lebih kreatif dan inovatif serta berkepimpinan, berdaya saing dan holistik.
ChESS BB
Kelab ChESS (Chemical Engineering Society) merupakan sebuah kelab fakulti untuk jurusan kejuruteraan kimia.Objektif kelab ChESS adalah menjadikannya sebagai organisasi tunjang yang berprofil tinggi, berkeredibiliti tinggi, fleksibel dan menjadi penggerak kepada kegiatan aktiviti mahasiswa di dalam fakulti kejuruteraan kimia.Program-program yang dianjurkan oleh kelab ini berasaskan akademik oleh kerana kelab ini merupakan kelab fakulti.
SIC
Kelab Student Islamic Council (SIC) merupakan sebuah kelab Islam di UiTMCT Kampus Bukit Besi. Penubuhan kelab SIC adalah untuk menghidupkan suasana islamik 'biah solehah' dalam diri mahasiswa/i. Antara visi SIC adalah ke arah pembentukan imej Student Islamic Council sebagai sebuah persatuan Islam yang produktif, progresif dan profesional. Misi SIC pulak melahirkan mahasiswa/i yang berketerampilan dari aspek sahsiah, akademik dan kepimpinan serta menjadi 'role model' bagi masyarakat kampus.
JPK BB
Sebuah badan di bawah hep yang bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan pelajar di kolej kediaman di UiTM BUKIT BESI. Objektif penubuhan badan ini adalah untuk memastikan pelajar di kolej dapat menyampaikan masalah yang dihadapi di kolej kepada pihak atasan sekaligus dapat menyelesaikan masalah tersebut. Serta memudahkan urusan pelajar.
ELLITS
Ellits Club is an internal club in UiTM Kuala Terengganu. Upon reaching the higher education, one must at least have a basic knowledge of the english language, in both writing and communication aspect. Eventhough an english language oriented course is available for the student to further increase such knowledge, the Ellits club is formed to futher experience the use of english language in a much more diverse activity, apart from the usual academic routine.In addition, the Ellits club will also provide knowledge about other languages, apart from english. This will make the club to be more flexible, and allow the student to explore more things about many languages in the world.
MAFA
Kelab ini diwujudkan atas dasar untuk membantu pelajar dri segi kewangan dgn membantu pelajar mendapatkan pekerjaan dri platform digital seperti freelancer. Selain itu kelab ini bertujuan untuk mengasah kebolehkan pelajar bagi membantu mereka menjana pendapatan melalui kebolehan yg mereka ada. Objektif kami adalah untuk membantu dan pelajar menjana pendapatan sampingan tanpa membebankan pelajar dan membantu mengasah kebolehan dan kemahiran pelajar untuk membantu mereka memperoleh pendapatan.
EACC
Kelab ini ditubuhkan untuk membentuk tamadun yang mempunyai nilai-nilai murni ketimuran dan melahirkan insan-insan seni dalam kesenian serta penghayatan pembangunan dalam kredibiliti sebuah masyarakat dalam hiburan, tradisi dan teknologi terkini.
KMI
Kelab Minda Islam (KMI) ditubuhkan secara rasminya di UiTM Terengganu Kampus Kuala Terengganu sekitar tahun 2008 selepas sahaja UiTM telah bersetuju mengambil alih Kolej Yayasan Terengganu. Usianya kini menjangkau melebihi 8 tahun. Kewujudan KMI sebenarnya telah lama iaitu ketika Kolej Yayasan Terengganu (KYT) lagi dan ketika itu diterajui oleh Yang berbahagia Ustazah Rubiah Abu Bakar selaku penasihat utama. Penubuhan KMi telah didaftarkan secara rasmi sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 8 bahagian III Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.
BADMINTON
Kelab ditubuhkan pd 4 December 2012. Objektif penubuhan adalah melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja aktif dalam bidang akademik, malahan dalam bidang kokurikulum. Mencungkil dan meningkatkan kemahiran mahasiswa UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu dalam sukan badminton. Menarik minat pelajar UiTM untuk bermain sukan badminton dan berkongsi ilmu dan kemahiran sesame ahli kelab dalam usaha meningkatkan prestasi diri dalam bidang badminton.
FUTSAL KT
Kelab Futsal UiTM Kampus Kuala Terengganu ditubuhkan kembali oleh mahasiswa kampus ini sendiri pada 2017. Pada awal penubuhan kelab ini, Encik Hamikhairi Bin Mohammad Roslan merupakan penasihat utama kelab dan jawatan itu kini disandang oleh Encik Wan Asrol Bin Wan Abdullah. Kelab Futsal bukan sahaja tertumpu untuk mengetengahkan pemain berbakat untuk sukan ini tetapi juga menaikkan nama kampus KT dengan mewujudkan pasukan bolasepak yang diuruskan sendiri oleh mahasiswa dari Kelab Futsal. Cogan kata kelab ini adalah "Pelajar aktif melahirkan graduan yang produktif"
KELAB BOWLING
Sebuah kelab yang ditubuhkan bagi mendedahkan sukan bowling kepada mahasiswa/i di UiTM Terengganu Cawangan Kuala Terengganu dan untuk mempelajari sukan bowling dan meningkatkan kemahiran mereka dalam sukan bowling.
KOSISWA
Kelab Koperasi Siswa(KOSISWA) adalah salah satu kelab yang membudayakan keusahawanan di dalam kalangan mahasiswa UiTM Cawangan Kuala Terengganu. Ia juga turut membina jaringan perniagaan di kalangan ahli-ahli kelab dan mahasiswa yang lain di samping membantu mereka untuk memulakan perniagaan dan meningkatkan keupayaan perniagaan.