Penggambaran dijalankan pada Oktober 2017 di Taiping, Perak dan berakhir pada November 2017. Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 9 Ogos 2018 dan menjadi filem Hantu Kak Limah pertama yang diterbitkan tanpa Man Kadir, Zami Ismail dan Azwan Annuar yang telah kembali ke Rahmatullah.[5] Ia juga merupakan filem terakhir lakonan Rab Khalid sebelum kematiannya pada Januari 2018.[6] Hantu Kak Limah menerima ulasan positif dan bercampur-campur daripada pengkritik dan telah meraih kutipan tertinggi sebanyak RM37 juta dalam masa 18 hari di seluruh negara[7][8][9][10]

Pada Disember 2018, Harian Metro menyenaraikan Hantu Kak Limah sebagai salah satu dari 10 filem tempatan dengan pecah panggung tertinggi bagi tahun 2018.[11] Teater muzikal filem ini telah dipentaskan di Movie Park Animation Studios (MAPS) dari 24 hingga 31 Disember 2018.[12]


Hantu Kak Limah 2 Full Movie Download


DOWNLOAD 🔥 https://cinurl.com/2yGbDk 🔥



Lima tahun selepas peristiwa dalam filem kedua, Husin (Awie) pulang ke kampung halaman setelah tidak lagi mencari rezeki di Singapura. Dia kemudian bekerja dengan sahabat baiknya, Khuda (TJ Isa), Wani (Sharwani NS) dan Yeh Sekupang (Rab Khalid) di kilang arang. Sementara itu, Kak Limah (Delimawati) baru sahaja berkahwin dengan sahabat Husin iaitu Khuda. Cinta mereka digambarkan sebagai cinta sejati.

Namun, baru sahaja menikmati kebahagiaan berumah tangga, Kak Limah telah ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan di dalam kebun. Pada masa sama, Husin bersama rakan-rakannya Wani dan Khuda masuk ke hutan untuk menangkap seekor burung, namun tidak semena-menanya Husin bertemu dengan seorang gadis cantik yang bernama Eton (Uqasha Senrose) di dalam hutan dan jatuh cinta dengannya. Ironinya, sibuk menangkap burung, Husin dan Wani tidak tahu akan berita kematian Kak Limah termasuk suami Kak Limah sendiri, Khuda.

Sementara itu, Yeh Sekupang, selaku Ketua Biro Informasi di Kampung Pisang, sedang menguruskan jenazah Kak Limah dan memberi tugas kepada Nayan (Ropie Cecupak) untuk menjaga jenazah sehingga anak Kak Limah, Musalman (Pekin Ibrahim) sampai dari Kuala Lumpur. Nayan masih keliru dengan kematian Kak Limah kerana dia baru sahaja berjumpa dengan Kak Limah di tebing sungai sebelum datang ke klinik. Sementara, Khuda sempat pulang ke rumah bertemu Kak Limah dengan membawa Husin dan Wani serta menjamu mereka bubur keladi. Di sini bermulanya misteri apabila kelibat Kak Limah masih kelihatan walaupun dipercayai sudah meninggal dunia. Akhirnya, muncul guru silat, Solihin (Zul Ariffin) yang membantu mereka berdepan dengan hantu Kak Limah. Namun usaha ustaz Solihin menemui kegagalan. Mereka berlima akhirnya mengetahui bahawa roh Kak Limah yang telah mengganggu Kampung Pisang. Keesokkan harinya, jenazah Kak Limah selamat dikebumikan.

Walaupun urusan pengkebumian telah selamat, namun Yeh Sekupang masih diganggu oleh jelmaan roh Kak Limah. Hal ini membuatkan Ustaz Solihin ingin menghapuskan roh tersebut yang masih berlegar-legar di Kampung Pisang. Mereka berlima sekali lagi berusaha untuk memerangkap semula roh Kak Limah di dalam satu bulatan yang besar yang diketuai oleh Ustaz Solihin. Selang beberapa jam kemudian, roh Kak Limah berjaya diperangkap, namun begitu Ustaz Solihin sekali lagi ditewaskan oleh roh tersebut.

Akibat dari kekecohan ini, tiba-tiba ketua kawanan bagi orang-orang bunian bersama rombongannya turun ke alam manusia untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya berlaku. Roh tersebut telah disumpah menjadi rupa yang asal iaitu milik Nor Aini. Nor Aini merupakan adik kepada Eton yang jatuh cinta terhadap Khuda. Mereka berkahwin tetapi Khuda telah melanggar syarat dengan membawa Nor Aini turun ke alam manusia tanpa pengetahuan dari ayahnya sendiri. Kehidupan di alam manusia tidaklah semewah semasa dia tinggal di alam bunian.

Nor Aini menjadi tidak waras sehingga membuatkan Khuda menyoroknya di dalam kebun. Khuda telah mencurangi isterinya. Dia berkahwin dengan Kak Limah dan ini membuatkan Nor Aini begitu marah dan membalas dendam sehingga menyebabkan Kak Limah meninggal dunia. Bapa bunian (Mus May) telah memberi amaran kepada Husin bahawa dia juga tidak boleh berkahwin dengan Eton agar perkara sebegini tidak berlaku lagi. Rombongan orang bunian akhirnya membawa semula Nor Aini pulang ke pangkal jalan. Keesokkan harinya, Nor Aini bersama-sama tiga rakannya yang lain telah mengingkari arahan ayahnya dan turun ke alam manusia sekali lagi untuk mengganggu Husin, Wani, Khuda dan Yeh.

Pada Februari 2013, penerbit siri filem Hantu Kak Limah, Gayatri Su-Lin Pillai mengumumkan akan menerbitkan siri ketiga filem ini, berikutan sambutan positif diterima oleh Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit. Beliau berkata dalam temuramah bersama Sinar Harian: "Kami ada perancangan untuk hasilkan filem Hantu Kak Limah 3. Kami dah bincang dengan Mamat Khalid,".[13] Penggambaran dijalankan pada 19 Oktober 2017 di Taiping, Perak dan mengambil masa 22 hari untuk disiapkan dengan kos pembikinan sebanyak RM1.2 juta dan berakhir pada 9 November 2017. Untuk filem ini, Kampung Pisang telah digugurkan.[14]

Menurut Pekin Ibrahim, yang sebelum ini muncul dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah beliau mengandaikan Hantu Kak Limah mungkin merupakan yang terakhir: "Saya rasa cerita Hantu Kak Limah kali ini mungkin penutup kepada kisah hantu Kak Limah. Malah, saya menyifatkan filem berkenaan memberi nilai sentimental kepada pengarahnya, Mamat Khalid kerana ia dilakonkan oleh orang-orang yang dekat dengan dirinya. Masakan tidak, arwah Rab Khalid yang turut berlakon dalam filem berkenaan meninggal dunia pada Januari lalu sebelum filem berkenaan sempat ditayangkan,".[20]

Raja Yusoff Ariffin, menulis untuk Utusan Malaysia, menyatakan bahawa filem ini sarat dengan unsur Melayu klasik dan mempunyai beberapa siratan walaupun pengulangan, tetapi masih relevan, dan perlu dipaparkan.[5]

Menurut pakar psikologi perubatan Dr. Siti Nurbaya Shahrir, beliau meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Rab Khalid yang berulang kali merokok dalam filem ini. Beliau mendapati, terdapat lebih daripada 6 adegan di dalam filem ini yang mempunyai adegan merokok. Dr. Siti Nurbaya berkata, ini amat membimbangkan kerana terdapat bukti saintifik bahawa remaja dan kanak-kanak yang pernah menonton adegan merokok dalam sesebuah filem adalah lebih cenderung untuk keinginan untuk merokok.[21]

Majlis pelancaran promosi Hantu Kak Limah diadakan di Dewan Seni, MATIC, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2018 yang turut dihadiri oleh barisan pelakon, penerbit dan pengarah.[22] Hantu Kak Limah 3 ditayangkan pada 9 Ogos 2018 di pawagam seluruh Malaysia.[23] Treler rasmi filem dikeluarkan di saluran YouTube Astro Shaw pada 10 Julai 2018.[24]

Pada hari pembukaan rasmi, Hantu Kak Limah meraih kutipan sebanyak RM650 ribu sekaligus menjadi filem tempatan pertama yang berbuat demikian bagi rekod ketiga. Filem ini berjaya meraih kutipan sebanyak RM 1.8 juta pada hari pertama tayangan.[26] Sehingga 13 Ogos 2018, filem ini berjaya meraih kutipan tertinggi sebanyak RM9 juta, sekaligus menjadikan Hantu Kak Limah sebagai filem tempatan pertama mendapat kutipan tertinggi selepas 4 hari ditayangkan.[27][28][29] Mamat Khalid kemudian menyatakan rasa terharu dengan sambutan positif penonton terhadap Hantu Kak Limah: "Memang tidak dijangka sama sekali. Hasil kutipan yang mencipta rekod ini merupakan satu kejutan bukan sahaja kepada saya malah seluruh tenaga kerja yang menjayakan filem itu,".[30] Filem ini berjaya memecahkan rekod dengan catatan RM13.6 juta untuk tayangan minggu pertama, sekaligus mengetepikan KL Special Force arahan Syafiq Yusof yang meraih kutipan sebanyak RM12.1 juta. Ini menjadikan Hantu Kak Limah 3 sebagai filem tempatan pertama dengan kutipan tertinggi untuk tahun 2018.[31][32] Buat pertama kali dalam sejarah industri perfileman Malaysia, Hantu Kak Limah 3 berjaya meraih kutipan tertinggi sebanyak RM27.5 juta dalam tempoh 15 hari tayangan sekaligus membenamkan rekod yang dipegang oleh Abang Long Fadil 2 juga arahan Syafiq yang meraih kutipan RM17.9 juta[33][34] di samping menjadi filem tempatan pertama yang mendapat kutipan melebihi RM20 juta.[8][35][36][37][38] Sehingga 26 Ogos 2018, filem ini berjaya meraih kutipan tertinggi sebanyak RM32.5 juta dalam tempoh 18 hari tayangan.[39][40] Sehingga 2 September 2018, filem ini telah mengumpul kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM36.23 juta.[41]

Filem ini menerima ulasan positif dan bercampur-campur dari pengkritik filem. Kenneth Chaw dari Star2 melihat Hantu Kak Limah tidak jauh beza, sementara watak-watak baru, yang masing-masing mempunyai idiosinkrasis mereka sendiri, memancarkan daya tarikan tertentu dan menawan untuk menonton.[42] Ifqdar Rahman dari Utusan Malaysia menyifatkan filem ini sebagai "naskhah pecah perut", berkata: "Secara peribadi, tidak dinafikan filem Hantu Kak Limah pada tangan Mamat mampu berdiri sebagai sebuah filem malar segar pada masa akan datang. Bukan kerana karya itu diadunkan hasil oleh gerak kerja sebuah produksi yang terbaik semata-mata malah dilengkapkan dengan resipi mengikut cita rasa semasa penonton,".[43]

Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online menulis: "Walaupun Hantu Kak Limah memiliki kelebihan tersendiri sebagai sebuah filem komedi tetapi [penulis tidak dapat menolak bahawa] ia turut mempunyai kelemahan yang telah merencatkannya daripada menjadi sebuah filem komedi terbaik."[44] Madiha Abdullah dari Astro Awani menyifatkan filem ini sebagai "sebuah karya yang mudah, tetapi berintelek".[45] Menurut satu ulasan oleh Malaysiakini: "Sekian banyak filem atau drama telah mengulang lawak makan-makanan yang sebenarnya disediakan oleh hantu. Begitu juga adegan menonggeng untuk memastikan kesahihan hantu.".[46]

Pada November 2018, Awie, salah seorang barisan pelakon utama Hantu Kak Limah meluahkan kekecewaan terhadap bonus yang diterima daripada pihak penerbit tidak setimpal dengan kutipan lebih RM30 juta. Awie menganggap jumlah bonus yang diagihkan penerbit tidak adil menurut temu ramah beliau bersama Berita Harian: "Saya terkilan (jumlah) wang bonus yang diterima... Ini kerana kadar itu tidak sesuai dengan kerja keras kru produksi. Penerbit seharusnya lebih peka terhadap sumbangan kami demi kejayaan filem ini." Awie kemudiannya berkata beliau tiada masalah untuk kembali bekerja di bawah arahan Mamat, namun tidak mahu bekerjasama di bawah syarikat sama.[47][48] Delimawati pula turut menyatakan pandangan sama, beliau bagaimanapun tidak menyalahkan Andy Lau selaku pengasas bersama Infinitus Gold, sebaliknya enggan berlakon lagi jika syarikat sama terbitkan Hantu Kak Limah.[49] 152ee80cbc

download cracked version of microsoft office

mathrubhumi

krishna ji ki aarti download