Sem I 2019/2020
Projek Sarjana Muda - FKMP UTHM
Projek Sarjana Muda - FKMP UTHM
Jadual Seminar PSM 1 & 2, Sem 1 - 2019/2020 telah dimuat naik. Sila klik di sini untuk senarai terkini.
13/1/2020
Makluman PSM FKMP
👉Penghantaran Hardbound Tesis & E-Report PSM2 adalah SEBELUM @ PADA 21 JANUARI 2020.
Mohon KERJASAMA PELAJAR untuk melengkapkan TESIS masing-masing sebelum tarikh tersebut.Terima kasih.
Mohon KERJASAMA PENYELIA dengan memastikan pelajar dibawah seliaan untuk melengkapkan TESIS sebelum tarikh tersebut. Terima kasih.
JK PSM FKMP 2020
// Pautan ke PLO Survey disertakan dibawah
12/12/2019
Makluman Penggunaan Platform E-Report Bagi Penghantaran Tesis PSM 2 , FKMP _PELAJAR PSM2 FKMP
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Platform e-report dibangunkan bertujuan untuk mengatasi kekangan ruang penyimpanan PSM dan kos penjilidan (hard copy). Bermula pada Semester 1 Sesi 2019/2020, pihak universiti telah menetapkan supaya semua Fakulti melaksanakan penggunaan platform e-report.
Bagi tujuan kelancaran didalam pelaksanaan e-report diperingkat Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, pihak Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA) telah menyediakan satu Garis Panduan Penggunaan E-Report untuk PENYELIA dan PELAJAR (Rujuk LAMPIRAN) dimana input Garis Panduan itu telah dibincangkan bersama dengan Jawatankuasa PSM Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan. Bagi tujuan log in e-report, username dan password pelajar adalah mengikut program (bdd, bdc, bdm - Rujuk Garis Panduan Penggunaan E-Report - PELAJAR).
Pihak JK PSM Fakulti juga ada menyediakan Carta Alir didalam Penghantaran Tesis Projek Sarjana Muda 2 bermula Sem 1 Sesi 2019/2020 untuk panduan dan rujukan PENYELIA dan PELAJAR (Rujuk LAMPIRAN). Semoga dengan maklumat dan panduan yang diberikan ini semua pelajar dapat melaksanakan penggunaan e-report dengan sebaik mungkin dan kerjasama semua dalam memastikan kelancaran pelaksanaan e-report amatlah dihargai.
Sekian terima kasih.
“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”
Dr. MOHD NORIHAN B IBRAHIM
Penyelaras JK PSM FKMP
8/12/2019
Jadual Seminar PSM 1 & 2, Sem 1 - 2019/2020 telah dimuat naik. Sila klik di sini untuk senarai terkini.
11/12/2019
General Info Briefing dan Template Front Page (muka depan) untuk laporan PSM.
28/11/2019
Garispanduan terkini, perlaksanaan e-PSM bagi pelajar dan penyelia.
21/11/2019
16/11/2019
Tarikh : 18/11/2019
Masa : 10.15 pagi
Tempat : Dewan Jemaah Aras 5, PTTA.
Penceramah : Prof. Adjung Zulkifli Abd Rani
Pelajar PSM2 FKMP amat digalakkan hadir.
12/11/2019
Notification about TURNITIN Usage for PSM FKMP , Sem 1 2019/2020
It is informed that the new class has been created for the usage of ALL PSM 2 students under FKMP for Semester 1 - 2019/2020. The New Class is “ PSMFKMP SEM1 1920”. In order to enrol and use Turnitin, student need to follow TURNITIN TRAINING GUIDE (for students). Below are the Class ID and Enrollment Key for your reference & usage;
Class ID: 22922222
Enrollment Key: FKMPSEM11920
Duration : 4/11/2019 – 30/1/2020
JK PSM FKMP 2019
Bahan rujukan dalam melaksanakan PSM untuk dimuat-turun.
14/10/2019
Briefing of PSM 2, Seminar on Thesis Writing & e-Report Briefing
Faculty of Mechanical & Manufacturing Engineering (FKMP), UTHM
Date & Day : Oct 3rd 2019 (Thursday)
Time : 2.30 pm – 4.30 pm
Location : DK A, G3 Block, UTHM
COMPULSORY to All PSM 2 Students (BDA49104 & BDU39004)
29/9/2019
Slide rujukan untuk Briefing PSM 1 2019/2020.
25/9/2019
Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera Ybhg. Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan,
Dimaklumkan bahawa tarikh Penyediaan dan Penghantaran Proposal PSM 1 oleh pelajar BDA49002 & BDU29002 adalah pada minggu ketiga sesi perkuliahan iaitu bermula pada 22/09/2019 – 26/09/2019.
Sehubungan itu, dipohon kepada semua PENYELIA supaya memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar PSM 1 dibawah seliaan masing-masing didalam penyediaan Proposal PSM 1.Pelajar-pelajar akan menyediakan draf proposal PSM 1 melalui SMAP e-PSM.
Para Penyelia adalah dikehendaki menyemak kandungan draf Proposal yang disediakan oleh pelajar melalui TCIS >UIS>Staf Akademik> PSM Online. Setelah semakan dibuat, penyelia boleh meletakkan kedudukan draf proposal PSM pelajar samada pada Status (Edit[E] atau Penyelia Sokong [PS] & kemudian tekan “Kemaskini”. Sila rujuk Lampiran bagi Panduan Pengesahan Proposal PSM 1.
22/9/2019
TAKLIMAT PROJEK SARJANA MUDA 1 (PSM 1) SEM 1, 2019/2020
Satu taklimat PROJEK SARJANA MUDA 1 (PSM 1) akan diadakan seperti ketetapan berikut;
Tarikh : 19/09/2019 (Khamis)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan F2 ATAS
Semua pelajar PSM 1 (BDA49002) & (BDU29002) adalah DIWAJIBKAN hadir dalam sesi taklimat TERSEBUT.
15/9/2019
MAKLUMAN
PROSES PEMILIHAN PENYELIA PSM 1 SEM 1 2019/2020
Assalamualaikum & salam sejahtera kepada pelajar-pelajar PSM 1;
Untuk makluman pelajar-pelajar, bagi SEMESTER 1 SESI 2019/2020, Proses pemilihan penyelia projek sarjana muda 1 (BDA 49002) & (BDU29002) adalah dengan menggunakan system SMAP e-PSM Online. Sistem pemilihan penyelia PSM oleh pelajar akan dibuka & ditutup pada tarikh dan masa seperti berikut;
SISTEM DIBUKA
· TARIKH : 10 / 09 / 2019 (SELASA)
· MASA : 10.00 MALAM
SISTEM DITUTUP
· TARIKH : 12 / 09 / 2019 (KHAMIS)
· MASA : 10.00 MALAM
Utk keterangan lanjut berhubung dengan Proses Pemilihan Penyelia PSM 1, sila layari website FKMP dibawah pautan
https://sites.google.com/view/fyp-fkmp/home
3/9/2019
MAKLUMAN
PERTUKARAN SEKSYEN PELAJAR PSM 2 SEM 1 2019/2020
Bagi Pelajar Yang Telah membuat PRA PENDAFTARAN PSM 2 (BDA49104), PELAJAR adalah dikehendaki Untuk Membuat PROSES PENUKARAN SEKSYEN Mengikut PANEL & JABATAN PENYELIA Seperti Berikut;
&
PERTUKARAN SEKSYEN PELAJAR PSM 1 SEM 1 2019/2020
Bagi Pelajar Yang Telah Log In SMAP ONLINE (PSM) dan telah membuat pemilihan penyelia, PELAJAR adalah dikehendaki Untuk Membuat PROSES PENUKARAN SEKSYEN Mengikut JABATAN PENYELIA Seperti Berikut;
Panel Struktur & Kawalan - JKM : SEKSYEN 01
Panel Termobendalir & Rekabentuk - JKM : SEKSYEN 02
Panel Bahan & Industri - JKP : SEKSYEN 03
Panel Pembuatan - JKP : SEKSYEN 04
Panel Aeronautik - JKA : SEKSYEN 05
Senarai pensyarah/penyelia mengikut PANEL & JABATAN bagi FKMP boleh dirujuk dalam LAMPIRAN 1. Pelajar hendaklah membuat proses penukaran tersebut menggunakan SMAP online sebelum@pada 19/09/2019.
3/9/2019
02/9/2019
Selamat datang kepada pelajar baru dan selamat pulang kepada pelajar-pelajar kanan.
19/7/2019
Poster mengenai implimentasi PSM 1 & PSM 2 BDD V5.0 yang baru telah dimuatnaik untuk rujukan.
Di harap para semesta baru dapat memanfaatkan sebaiknya informasi ini.
12/7/2019
Proses moderasi thesis akan dijalankan pada hari Ahad 14/7/2019.
Borang Moderasi : http://bit.ly/Moderasi-FKMP
Senarai Pelajar : Senarai
11/6/2019
New Thesis Template 2018 have been updated. Please check download section.
Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera,
Dimaklumkan bahawa TARIKH PENGHANTARAN HARDBOUND TESIS PSM FKMP adalah SEBELUM 27 JUN 2019. Justeru itu pelajar hendaklah menyiapkan dan menyempurnakan pembetulan draf akhir melalui KOMEN daripada PENYELIA dan PANEL PENILAI sebelum tarikh tersebut.
Pelajar adalah diingatkan untuk memastikan bahawa FORMAT penulisan tesis dipatuhi dengan merujuk kepada “Panduan Penulisan Tesis UTHM” atau “ Thesis Writing Guide UTHM”.
Bagi PENGHANTARAN TESIS pelajar perlu menyediakan 2 HARDBOUND THESIS + CD ( 1- PENYELIA dan 1- PUSAT SUMBER). Pelajar juga perlu menghantar 1 CD TAMBAHAN yang mempunyai KANDUNGAN LENGKAP TESIS kepada PUSAT SUMBER (untuk keperluan Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM), memandangkan pelaksanaan e-report masih belum dapat dilakukan sepenuhnya pada semester ini.
Kerjasama Penyelia/Panel/Pelajar berhubung dengan perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
JK PSM FKMP 2019
29/5/2019
TAKLIMAT PRA-PROJEK SARJANA MUDA 1 (PSM 1) SEM 1, 2019/2020
Satu taklimat PRA-PROJEK SARJANA MUDA 1 (PSM 1) akan diadakan seperti ketetapan berikut;
Tarikh : 09/05/2019 (Khamis)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan F2 BAWAH
Semua pelajar-pelajar yang berpotensi untuk mendaftar PSM 1 (BDA49002) & (BDU29002) pada SEMESTER 1 SESI 2019/2020 adalah DIPERSILAKAN hadir dalam sesi taklimat TERSEBUT.
Makluman Seminar Pembentangan Berkesan Projek Sarjana Muda (PSM) SEM 2 2018/2019
Tarikh : 25 APRIL2019 (KHAMIS)
Masa : 2.30 PETANG
Tempat : DEWAN F2, ARAS BAWAH
Semua pelajar PSM 1 dan PSM 2 adalah DIGALAKKAN hadir dalam seminar pembentangan berkesan tersebut.
JK PSM FKMP 2019