11/7/2021
Notifikasi PSM – PENGUMPULAN SEMULA BAHAN TESIS PSM BAGI SEM 1 2019/2020, SEM 2 2019/2020, SEM 1 2020/2021
Kepada: Semua Penyelia PSM FKMP
Penghantaran Laporan Projek PSM atau Tesis PSM melalui platform ereport merupakan satu proses baru didalam penyimpanan Tesis Pelajar Sarjana Muda yang telah dilaksanakan diperingkat fakulti bermula pada semester 1 sesi 2019/2020. Hal yang demikian bertujuan untuk mengurangkan kesesakan ruang di Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA) selain bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan aplikasi dan teknologi digital selaras dengan perkembangan teknologi masakini. Sehingga kini, fakulti telah menggunakan sistem ereport didalam penyimpanan laporan projek atau tesis PSM sebanyak 3 kali (3 semester).
Walaubagaimanapun, pada awal tahun 2021, iaitu sekitar bulan Februari 2021, platform eprint dan ereport telah mengalami gangguan dan masalah kebolehfungsian eprint & ereport server diperingkat universiti. Beberapa tindakan oleh Pusat Teknologi Maklumat (PTM) dalam menangani masalah ini telah dan sedang diambil termasuk melakukan “diagnosis server” yang melibatkan eprint dan ereport dan perkara ini masih dalam status “Ongoing & In Progress”. Bagi tujuan penggunaan platform ereport bagi semester 2 sesi 2020/2021, pihak PTM dan PTTA telah menyediakan platform baru ereport.
Sebagai tindakan susulan (backup plan) terhadap semua laporan projek atau tesis PSM yang telah dihantar sebelum ini melalui platform ereport, pihak Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) ingin meminta kerjasama penuh kepada SEMUA PENYELIA PSM untuk menghantar semula Laporan Projek @ Tesis PSM pelajar dibawah seliaan masing-masing secara softcopy melalui FOLDER TESIS PSM mengikut Semester di dalam GOOGLE DRIVE.
Penyelia hanya perlu login menggunakan email uthm, menyemak nama pelajar yang berada dibawah seliaan dan UPLOAD Tesis pelajar di dalam FOLDER Google Drive. Bagi tujuan keseragaman, laporan projek @ tesis pelajar hendaklah dinamakan dengan nombor matrik dan nama penuh pelajar seperti contoh berikut,:AD174230 MOHD MOHIDEEN BIN ABD SAMAD.
Penyelia boleh menyemak nama pelajar dibawah seliaan masing mengikut FOLDER seperti berikut;
1. Laporan Projek @ Tesis PSM Semester 1 Sesi 2019/2020
https://drive.google.com/drive/u/0/folders/1GwXMEY6N0ORo7QC1jRrHxR7yzGHqplcd
2. Laporan Projek @ Tesis PSM Semester 2 Sesi 2019/2020
https://drive.google.com/drive/u/0/folders/1zBumbu--UmA8027F9tkoTfldx5bPIF87
3. Laporan Projek @ Tesis PSM Semester 1 Sesi 2020/2021
https://drive.google.com/drive/u/0/folders/1gyQTKRM_8hCOE9kO8OQiHnsTkdZPZBvf
Proses penghantaran semula Laporan Projek @ Tesis PSM hendaklah dilakukan dan disempurnakan selewat-lewatnya pada 7 Ogos 2021. Pengumpulan ini sangat penting memandangkan pihak fakulti akan menghadapi Proses Akreditasi Program oleh Engineering Accreditation Council (EAC) yang dijadualkan akan diadakan pada bulan September 2021.
Kerjasama semua penyelia dan staf akademik dalam menjayakan perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA
Prof. Madya Ts. Ir. Dr. Bukhari bin Manshoor
Dekan,
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Tel : 07 - 4537703