UiTM PAHANG BRANCH 

FACULTY OF BUSINESS AND MANAGEMENT

CURRENT INFORMATION

PERATURAN DAN TATACARA PEMAKAIAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR 

PELAKSANAAN PERKULIAHAN DAN PENGENDALIAN PELAJAR KE KAMPUS BAGI SESI I 2021/2022 UiTM

15. Pekeliling Naib Canselor Bilangan 15 Tahun 2021_Pekeliling Kemasukan Pelajar Ke Kampus Bagi Sesi I 2021_2022.pdf

Makluman dari Bahagian Hal Ehwal Akademik:

Merujuk perkara di atas, disertakan pekeliling pelaksanaan perkuliahan dan pengendalian kemasukan pelajar ke kampus bagi sesi I 2021/2022 Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Pekeliling akademik UiTM ini akan berkuatkuasa bermula 16 September 2021 selaras dengan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak KPT pada 14 September 2021 bagi kemasukan semula pelajar ke kampus secara fizikal bermula 15 Oktober 2021 ini.

Diharap semua pelajar dapat membaca dan memahami pekeliling tersebut bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa hadapan.

KEPERLUAN PELAJAR UNTUK PULANG KE KOLEJ KEDIAMAN

Makluman dari Bahagian Hal Ehwal Akademik:

Kategori Pelajar yang Diberi Keutamaan untuk Pulang ke Kampus:

a. Pelajar yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel atau peralatan serta perisian  khusus;  

b. Pelajar dari program yang memerlukan pentaksiran bersemuka seperti program seni;

c. Pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian; 

d. Pelajar Asasi yang sedia ada di kampus boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid; 

e. Pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu;

f. Pelajar Berkeperluan Khas (OKU); 

g. Pelajar yang menduduki peperiksaan Malaysia University English Test (MUET), antarabangsa dan badan profesional; 

h. Pelajar yang perlu melengkapkan tidak lengkap (TL);

i. Pelajar yang jalani Latihan Industri di kampus;

j. Pelajar lama (semester tahun akhir) yang tidak pernah menjejaki kampus setelah berdaftar sebagai pelajar UiTM.