Pengenalan
Cadangan penubuhan Sekolah Menengah Imtiaz Swasta (Imtiaz Islamic Private School) bertujuan untuk membuka peluang kepada semua yang berminat bagi membangunkan potensi anak-anak anda melalui kaedah pendidikan secara holistik. Sekolah ini diurus secara swasta di bawah anak syarikat Yayasan Terengganu dengan memberi jaminan kualiti dari segi fasiliti, tenaga pengajar, kurikulum dan persekitarannya yang kondusif.
Pendekatan yang dibawa agak berbeza dengan sekolah imtiaz yang sedia ada. Di mana ia merupakan satu konsep pendidikan holistik yang membuka perspektif baharu untuk membantu anak-anak anda membina masa depan (Future Pathways) yang cemerlang dengan memberi penekanan kepada pembentukan akhlak dan sahsiah, penguasaan pelbagai bahasa, kepimpinan dan kecemerlangan akademik.
Setiap anak anda yang mendaftar masuk akan dikenalpasti dari segi minat, keupayaan dan kebolehan. Dengan dibantu guru yang berpengalaman sentiasa memberi sokongan, dorongan dan bimbingan akan memastikan anak anda mencapai impian ke universiti luar negara ternama dan sekaligus kerjaya masa depan yang mereka pilih.
Kaedah Pembelajaran
Meletakkan Al-Quran sebagai kurikulum teras dimana semua pelajar mengikuti program hafazan Al-Quran. Di samping itu, kaedah Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang interaktif dan sistematik berasaskan Integration of Technology in Education dengan gabungan kurikulum Kebangsaan yang menekankan aspek Science, Technology, Engineering, and Mathematics (STEM) mampu meningkatkan potensi anak-anak secara holistik.
Sila klik pada butang E-TINJAU untuk ke ruangan borang soal selidik.