PENGENALAN
Menurut Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara, kejadian “Bencana” ditakrifkan suatu kejadian yang menyebabkan gangguan kepada aktiviti masyarakat dan urusan negara. Insiden ini melibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugian ekonomi dan kemusnahan alam sekitar yang melangkaui kemampuan masyarakat untuk mengatasinya dan memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif.
Insiden-insiden seperti ini memerlukan pengurusan sumber manusia, peralatan serta kemahiran khas dari pelbagai agensi. Koordinasi secara efektif diperlukan memandangkan jangkamasa pemulihan sepenuhnya mungkin mengambil masa yang lama dan berpanjangan. Falsafah ini diterimapakai oleh semua agensi yang terlibat di dalam Pengurusan Bencana di negara ini termasuk agensi di dalam KKM.
Persediaan bagi menangani bencana diperlukan oleh semua agensi kerajaan yang terlibat termasuklah hospital. Hospital harus mempunyai keupayaan untuk memberikan tindakbalas dengan segera bagi menghadapi situasi bencana. Persediaan dan perancangan berterusan serta berkeupayaan menangani kemasukan pesakit di dalam situasi bencana. Ini termasuklah bencana yang berlaku diperingkat dalaman (internal) mahupun peringkat luaran (external).
Sebagai hospital utama di negeri Johor, HSAJB Johor Bahru telah menyediakan pelan dan perancangan di dalam menghadapi situasi bencana luaran dan dalaman. Pelan tindakan bencana ini adalah penting dan mesti diketahui serta difahami oleh setiap wargakerja HSAJB, Johor Bahru. Ia merupakan garispanduan bagi setiap kakitangan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana yang datang dalam pelbagai bentuk dan pada bila-bila masa. Ianya mestilah mudah difahami dan dapat digunapakai dalam setiap keadaan oleh mereka yang terlibat dalam menghadapi bencana. Pelan ini juga hendaklah dikaji dan diperbaiki secara berkala supaya ianya bersesuaian dengan keperluan semasa.
Fire Drill HSAJB 2024
Table Top Excercise Fire Drill 1 April 2021
HSAJB terbakar 25/10/2016