Hebahan Aktiviti Terkini
Buku Garis Panduan EKSA Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Edisi 2024
Pertandingan Star Rating Award EKSA bagi bulan Oktober adalah yang terakhir diadakan bagi tahun 2024.
Pertandingan ini akan disambung semula pada tahun 2025.
J/Kuasa Induk EKSA DIY Hospital Melaka merakamkan ucapan terima kasih kepada semua zon-zon EKSA yang turut sama menjayakan pertandingan ini.
Satu taklimat EKSA 2/2024 akan diadakan secara atas talian untuk memberi pendedahan kepada ahli-ahli baru di setiap Zon/Jabatan.
Sehubungan itu, taklimat tersebut akan diadakan pada:
Tarikh : 10 September 2024 (Selasa)
Masa : 3.00 pm - 3.30 pm
Lokasi : Secara atas talian
Zon-zon yang terlibat untuk taklimat tersebut adalah seperti berikut:
Zon Patologi
Zon Perubatan Forensik
Zon Kecemasan dan Trauma
Zon Rehabilitasi
Zon O&G
Zon Pediatrik
Zon Farmasi
Zon Dietetik dan Sajian
Zon Kerja Sosial Perubatan dan Hal Ehwal Islam
Zon Rekod Perubatan
Kerjasama semua Ketua Zon yang terlibat adalah dimohon untuk mencalonkan wakil yang akan hadir melalui google link seperti di bawah 👇🏻 sebelum 6/9/24 (Jumaat).
https://forms.gle/muwEdHPwWEiR1s636
Latar Belakang
Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam oleh pihak MAMPU dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam.
Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambahbaik, di samping penambahan beberapa elemen baharu. Amalan 5S ditambah baik dengan menambah lima (5) elemen baharu, iaitu:
Imej korporat;
Kreativiti dan Inovasi;
Amalan Hijau;
Persekitaran Kondusif; dan
Kepelbagaian Agensi
Faedah Pelaksanaan EKSA
Mewujudkan persekitaran tempat kerja berkualiti (bersih, kemas dan rapi)
Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan organisasi
Mengenalpasti, mengurang dan menghapuskan pembaziran
Meningkatkan imej agensi sektor awam
Menjana idea kreatif di kalangan warga agensi
Meningkatkan semangat kerja berpasukan
Meningkatkan disiplin warga agensi
Meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan
Mewujudkan piawaian kerja yang jelas
Dasar dan Objektif
DASAR
"Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti kerja, perkhidmatan dan produktiviti melalui persekitaran kerja yang mesra, bersih, sihat, kondusif dan selamat"
OBJEKTIF
Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, bersih, kemas dan selesa pada setiap masa;
Membantu meningkatkan disiplin diri dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga kerja;
Membantu meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan; dan
Mewujudkan budaya kerja yang ceria dan efektif.
Hospital Melaka Membudayakan Amalan EKSA
Jawatankuasa EKSA DIY Hospital Melaka sentiasa berusaha untuk melaksanakan EKSA di setiap zon. Penglibatan warga HM amatlah diperlukan bagi merealisasikan pelaksanaan EKSA dan sekaligus menerima pengiktirafan melalui Persijilan EKSA oleh MAMPU. Ke arah ini, JK EKSA DIY telah menambahbaik struktur organisasi bagi memastikan setiap ahli mempunyai peranan dan amanah yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi keperluan persijilan EKSA. Selain itu, JK Latihan dan JK Promosi yang proaktif dalam merencana pelaksanaan aktiviti EKSA turut membantu dalam merealisasikan pembudayaan amalan EKSA di Hospital Melaka.
Logo EKSA
MAKNA SETIAP PERKATAAN:
Perkataan EKSA merupakan singkatan perkataan bagi `EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM’. Perkataan ‘EKSA’ berwarna MERAH membawa maksud yang tersendiri iaitu lambang keberanian dan semangat yang ditunjukkan warga HM dalam melaksanakan EKSA. Logo ‘KKM’ yang terdapat di dalam logo EKSA merupakan imej korporat KKM dan secara tidak langsung merupakan penegasan bahawa logo ini adalah hak cipta KKM.
SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM, SENTIASA AMAL: Merupakan indikator kepada amalan 5S yang diamalkan sebelum penjenamaan semula EKSA.
BULATAN Bentuk bulat menggambarkan perpaduan yang kukuh dan komited di kalangan warga KKM dengan menitikberatkan semangat kerjasama dan berpasukan tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan pangkat dalam memastikan Amalan EKSA sebagai budaya kerja.
BIRU melambangkan warna berprestij yang sentiasa bertenaga, yakin, segar, bersemangat dan berkarisma. Ia juga merupakan simbolik kepada komitmen dan kepercayaan warga KKM dalam memastikan kejayaan Amalan EKSA. Alunan dua tona biru melambangkan kejayaan dan kekuatan semangat jitu warga KKM bagi merealisasikan pencapaian EKSA.
HITAM Tulisan slogan berwarna putih dikelilingi warna hitam (black stroke) merupakan simbolik penegasan kepada sikap proofesional warga KKM.
PUTIH Dua garisan bulatan putih yang mengelilingi logo memberi erti keteguhan, ketelusan dan kewibawaan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik. Manakala tulisan berwarna putih adalah lambang kesempurnaan, kebersihan dan keselesaan yang diamalkan oleh warga KKM.
MERAH Melambangkan komitmen anggota KKM dalam melaksana dan menjayakan amalan EKSA.