Tidak. Tugas yang melibatkan badan sosial/sukarela/sukan/aktiviti sosial, aktiviti keagamaan dan sebagainya seperti PERKEP, MAKSAK, PUSPANITA dan sebagainya adalah tertakluk di bawah Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2018 dan tidak boleh dianggap sebagai tugas rasmi bagi maksud kelayakan membuat tuntutan elaun bertugas rasmi di bawah WP1.4/WP1.5.
Tidak. Penggunaan invois tidak dibenarkan dalam tuntutan bayaran sewa hotel. Takrifan resit rasmi di Perenggan 3, Arahan Perbendaharaan menyatakan resit rasmi adalah sebarang bentuk akuan terimaan wang dari orang awam termasuk dalam bentuk lesen, tiket, borang yang mana amaun bayaran tetap ditulis atau dicetak padanya atau melalui media elektronik.
Manakala invois pula secara umumnya merujuk kepada dokumen yang mengandungi butiran harga dan bilangan bagi barangan, perkhidmatan atau bekalan yang telah dibekalkan kepada pelanggan, resit dikeluarkan setelah bayaran bagi barangan, perkhidmatan atau bekalan dilaksanakan. Invois hanya menyenaraikan butiran barangan, perkhidmatan atau bekalan sebelum bayaran dilaksanakan.
Resit rasmi daripada pihak hotel hendaklah dikemukakan bagi tujuan bayaran tuntutan sewa hotel sebagai bukti bayaran telah dilaksanakan.
Tidak. Pegawai yang bertugas rasmi/kursus yang disediakan kemudahan makan oleh penganjur, urus setia tidak layak menuntut elaun harian.
Tambang perjalanan yang layak dituntut oleh pegawai lantikan pertama mengikut kelayakan pegawai adalah seperti berikut :
i. Tambang pengangkutan awam;
ii. Elaun perjalanan kenderaan (km x 0.30); dan/atau
iii. Tiket kapal terbang
Bermula dari kediaman ke mana-mana tempat yang diarahkan untuk melapor diri/ berkursus sehingga ke pejabat yang diarahkan bertugas secara tetap.
Tambang perjalanan yang layak dituntut adalah sebelum melapor diri (perjalanan dari kediaman) dan semasa dalam perjalanan melapor diri hingga ke pejabat akhir pegawai ditempatkan.
Tidak layak. Kelayakan tuntutan pegawai lantikan pertama adalah terhad kepada tambang perjalanan sahaja.
Pegawai yang menggunakan kenderaan sendiri kerana bekerja lebih masa adalah layak menuntut elaun perjalanan kenderaan mengikut kadar yang ditetapkan. Jumlah jarak perjalanan pergi dan balik adalah dihadkan kepada 500km sebulan sahaja.
Menaiki kenderaan jabatan
i. Borang permohonan untuk bertugas di luar ibu pejabat Lampiran C (P15);
ii. Memo/arahan; dan
iii. Dokumen sokongan yang lain
Menaiki kenderaan sendiri yang melebihi 25km dan luar ibu pejabat/ daerah bagi tujuan rasmi
i. PTP 81;
ii. Memo/arahan;
iii. Borang permohonan untuk bertugas di luar Ibu Pejabat Lampiran C (P15);
iv. Borang permohonan kenderaan jabatan
Jarak penginapan (hotel/lojing) mestilah kurang dari 25km dari tempat bertugas.
Kos yang boleh dituntut oleh pegawai ialah
I. Harga tiket penerbangan
II. Surcaj bahan api
III. Cukai kapal terbang
IV. KLIA2 fees (jika berkaitan)
V. Sales and services tax (sst)
VI. Bagasi (15kg Air Asia / 20kg MAS)
VII. Insurans dan fi pemprosesan
.