Boleh, alamat tidak mempengaruhi slip gaji
Pegawai boleh menghubungi Unit Gaji bagi proses kemaskini
Pegawai boleh mengemaskini maklumat di bank dengan membawa surat pemakluman yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Salinan surat tersebut boleh dimuat turun di laman web e-Kewangan (Gaji).
Potongan ANGKASA sama ada pinjaman peribadi, insuran,yuran kelab tidak diuruskan oleh Cawangan Kewangan.Pegawai boleh merujuk semula ke bank atau ke agensi yang berkaitan. Manakala, ANGKASA memerlukan surat arahan daripada bank / agensi. Tindakan ini perlu dijalankan sebulan awal sebelum tarikh gaji. Lebihan potongan akan dikreditkan semula di dalam akaun pegawai oleh pihak bank / agensi.
Pertukaran akaun bank gaji tidak dibenarkan kecuali bagi kes pembekuan akaun bank. Borang permohonan tersebut boleh dimuat turun di laman web e-Kewangan (Gaji).
Potongan 4015: Byrn Blk El TS (N-Tax), dibuat bagi mengutip semula elaun atau gaji yang tidak layak diterima oleh pegawai, seperti elaun Bayaran Insentif Pencegah (BIP), Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK), Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH) kerana bertukar daerah tempat bertugas atau perubahan elaun Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) kepada Bayaran Imbuhan Perumahan Wilayah (BIPW) dan Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH) kepada Bayaran Imbuhan Wilayah (BIW). Walaubagaimanapun, terdapat tunggakan secara kontra dengan pemotongan yang dibuat.
Boleh. Pegawai boleh menyerahkan salinan pecahan potongan tabung haji daripada Apps THiJARI.
Potongan cukai adalah wajib bagi setiap rakyat Malaysia. Sebarang pendapatan lain seperti elaun lebih masa, pendapatan luar slip gaji juga akan dikenakan cukai.
.