Tidak boleh. Perbelanjaan bagi kerja lebih masa hendaklah dikawal.
a) Ketua Jabatan dan pegawai yang mengarahkan kerja lebih masa hendaklah berpuas hati bahawa kerja lebih masa itu benar-benar penting untuk disiapkan atau dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.
b) Arahan kerja lebih masa hendaklah dikeluarkan secara bertulis sebelum sesuatu tempoh kerja lebih masa dimulakan.
c) Ketua Jabatan juga hendaklah memastikan jabatan mempunyai peruntukan kewangan yang mencukupi bagi tujuan membayar Bayaran Lebih Masa tersebut.
d) Semua pegawai Perkhidmatan Awam termasuk Ketua Jabatan perlulah mengoptimum dan menguruskan masa bekerja dengan sebaik mungkin bagi memastikan semua tugas yang ditetapkan dapat dilakukan dengan sempurna.
Kerja lebih masa hendaklah mendapat arahan dan kelulusan terlebih dahulu daripada Pegawai Pengawal atau Ketua Bahagian khasnya bagi kerja-kerja yang tidak melibatkan kerja-kerja kecemasan
Boleh. Seseorang pegawai yang tidak berkelayakan mendapat bayaran kerana bekerja lebih masa atau sebarang bayaran khas lain boleh diberi cuti gantian oleh Ketua Jabatan kerana dipanggil bertugas lebih masa pada hari bekerja biasa, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan. Cuti gantian, hendaklah sama banyak dengan masa yang dipanggil bertugas lebih masa itu.
Pegawai yang diarah bekerja lebih masa boleh diberi Bayaran Lebih Masa mengikut tempoh bekerja lebih masa tersebut atau Cuti Gantian jika pegawai mempunyai 9 jam tempoh bekerja lebih masa untuk melayakkan diberi 1 hari Cuti Gantian.
Jika seseorang kakitangan dalam kumpulan yang tidak layak mendapat bayaran Lebihmasa, diarahkan bekerja lebih daripada waktu bekerja pejabat sebagai yang ditetapkan, Ketua Jabatan hendaklah mengaturkan masa untuk cuti gantian dalam tempoh 6 bulan.
MyPPSM – CERAIAN SR.4.3.1
Penjenisan:
“Kerja Siang”
6 pagi hingga 10 malam
“Kerja Malam”
10 malam hingga 6 pagi
“Kerja Kecemasan”
Kerja-kerja kecemasan yang berkaitan dengan pemulihan semula perhubungan atau perkhidmatan yang terputus atau terganggu, di mana ia dianggap berakhir apabila perhubungan telah tersambung semula/ perkhidmatan penting telah berjalan semula/ kedua-duanya terlepas daripada gangguan/ ancaman.
Pegawai boleh diarahkan untuk menjalankan tugas atau mengendalikan pengurusan bencana atau memberi bantuan apabila berlakunya keadaan-keadaan seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi, jambatan runtuh atau lain-lain malapetaka dan bencana alam, perintah berkurung dan perintah sekatan am oleh pihak berkuasa.
Waktu bekerja bagi seseorang pegawai sedang bertugas yang diisytiharkan sebagai kecemasan akan dianggap sebagai termasuk dalam kerja kecemasan.
Sesuati tempoh kecemasan itu hendaklah dianggap berakhir apabila Ketua Jabatan mengisytiharkan keadaan telah kembali pulih dan semua tugas boleh dilaksanakan seperti biasa.
Panduan Kiraan:-
15minit = 15/60minit = 0.25jam
30minit = 30/60minit = 0.50jam
45minit = 45/60minit = 0.75jam
cth. 20 jam 49minit = 20 jam 45minit.
Mengambil kira sebagai waktu rehat, sembahyang dan waktu makan pegawai
a) Elaun Lebih Masa bermaksud kerja-kerja yang dilakukan di luar waktu bekerja biasa, tidak termasuk waktu rehat
b) Dalam keadaan biasa pegawai akan berehat/ makan dan solat dan tempoh tersebut kebiasaannya 1 jam
c) Tempoh tersebut tidak boleh dituntut
SITUASI
WAKTU MULA KERJA 8.00 PAGI DAN WAKTU AKHIR KERJA 5.00 PETANG, JUMLAH JAM BERKERJA 9 JAM DAN KELAYAK ELM ADALAH 8 JAM (9 JAM - 1 JAM)
WAKTU MULA KERJA 7.00 PAGI DAN WAKTU AKHIR KERJA 11.00 MALAM, JUMLAH JAM BERKERJA 16 JAM DAN KELAYAK ELM ADALAH 14 JAM (16 JAM - 2 JAM)
.